Bilik tidur adalah merupakan satu ruang yang sangat penting untuk kita semua. Jika bilik tidur yang anda sedang diami sekarang ini kelihatan lusuh dan suram, tidak salahnya jika anda cuba deco bilik tidur anda supaya kelihatan lebih cantik dan ceria. Perkongsian pada kali ini adalah dari Dekma Laa. Perkongsiannya adalah mengenai deco bilik tidur lama kepada konsep "aesthetic" ala kampung.
Dengan memiliki bilik tidur yang cantik dan kemas setidaknya dapat memberi keselesaan juga kepada anda untuk tidur. Jadi jika anda rasa bilik tidur anda tidak begitu menarik dan agak lusuh apa salahnya jika anda cuba untuk memberi nafas baru kepada bilik tidur anda seperti yang dilakukan oleh wanita ini bukan?
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian deco bilik tidur yang menarik ini.
Deco bilik cara orang kampung, jadi la habuan sedap mata memandang. Kalau ada yang tak kena boleh bagitahu. Nanti kita ubah apa yang patut .
Ini adalah merupakan keadaan asal bilik dengan tema dan tona warna lebih kurang kuning sebelum proses ubahsuai dilakukan dengan lebih menarik dengan gaya moden ala kampung hipster.
Ini pula pandangan bilik dari sudut almari dan lampu bilik.
Keadaan kawasan pintu bilik sebelum ubahsuai dengan dekorasi bilik tidur yang menarik diterapkan.
Ini adalah keadaan ruang makeup dengan susun atur barangan makeup selepas proses ubahsuai selesai dilakukan.
Ini adalah keadaan almari setelah diberi nafas baru dengan cara mengecat semula.
Keadaan bilik dari sudut pandangan menghala ke tingkap rumah.
Inilah hasil dekorasi bilik tidur setelah ubahsuai selesai dilakukan.
Ini pula adalah keadaan dinding bilik tidur selepas selesai diubahsuai dengan melakukan susun atur barangan dan peralatan pada dinding supaya bilik kelihatan lebih ceria.
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk anda pada perkongsian kali ini. Diharap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencari sumber idea dan inspirasi untuk ubahsuai bilik tidur anda supaya kelihatan cantik berseri-seri. Semoga perkongsian ini bermanfaat.