Tinggal di apartment lusuh dan lama bukanlah penghalang untuk anda dalam cuba untuk deco kediaman anda supaya cantik dan kemas. Hal ini kerana memiliki tempat tinggal yang selesa mampu merubah mood keluarga anda supaya sentiasa berada dalam keadaan ceria. Perkongsian Giler Deco pada kali ini adalah dari Izan Hazaqif. Perkongsiannya adalah mengenai deco apartment lusuh dengan konsep wainscoting gaya moden.
Penggunaan wainscoting pada masa kini sememangnya menjadi trend. Kebanyakan rumah di malaysia mula menggunakan gaya dan konsep ini. Mana tidaknya, selain dari mudah dibuat dan murah. Wainscoting juga mampu menambah seri ruang kediaman anda. Jom sama-sama kita saksikan beberapa gambar perkongsian mengenai perubahan yang dilakukan oleh wanita ini.
Walaupun buruk kat luar, asalkan kita bahagia dalam rumah kita.
Setelah 4 tahun, ubah pulak design wainscoating. tak tahan tengok asyik lalu lalang je kat wall.
Tapi bila perati balik wainscotingnya sikit je, tapi semua nak diubah. Ambik masa hampir 3 bulan untuk upgrade semuanya.
Kebanyakan perabut saya beli yang terpakai je. Murah dan jimat.
Ini adalah keadaan ruang tamu rumah selepas diubahsuai dengan konsep dan gaya baru. Walapun ruang agak sempit tapi dekorasi yang dilakukan agak cantik dengan keadaan ruang kediaman sebegitu.
Gambaran atas dan bawah adalah gambar ruang tamu rumahnya.
Ini adalah keadaan ruang makan setelah selesai diubahsuai dengan dekorasi dan gaya baru. Sangat cantik dan kemas. Memang akan menimbulkan keceriaan kepada isi rumah.
Ini pula adalah keadaan ruang makan dari sudut pandangan berbeza.
Keadaan sudut ruang tamu dari sudut pandangan berbeza dari tadi.
Ini juga keadaan ruang tamu dari sudut pandangan berbeza.
Ini pula adalah keadaan ruang santai rumahnya. Dihiasi dengan dekorasi yang cantik, simple dan menarik.
Ini pula adalah dekorasi pantri rumahnya. Peralatan disusun dengan kemas dan rapi.
Keadaan ruang tamu dari sudut pandangan berbeza.
Keadaan tempat rehat dan bersantai.
Keadaan ruang makan dari sudut pandangan berbeza.
Ini juga keadaan ruang tamu dari sudut pandangan berbeza.
Itu sahaja perkongsian kita untuk kali ini. Diharap dapat membantu anda dalam cuba untuk mendekorasikan rumah kediaman anda.