Siapa sangka dahulunya adalah hanya tempat letak baja sahaja, tetapi kini sudah menjadi sebuah rumah kayu yang cantik dan indah. Itulah yang dilakukan oleh Erdy Tan mengubah sebuah pondok kepada kediaman untuknya dan isteri yang tercinta. Jadi untuk perkongsian kali ini adalah mengenai transformasi dari tempat letak baja kepada rumahku syurgaku.
Upgrade dari tempat letak baja menjadi rumahku syurgaku.
Mula-mula nak buat design rumah batu, wife tak nak.Nak juga rumah kayu dalam kebun. Jadi kita ikutkan sahaja, panggil la tukang untuk tengokkan. Selepas beli barang, tukang tak datang.
Di sebabkan masalah tukang yang tidak munculkan diri tanpa sebab, beliau cuba memberanikan diri untuk mengubahsuai sendiri rumah.
Ini adalah tempat dan keadaan pondok sebelum diubahsuai menjadi rumahku syurgaku.
Kerja yang dilakukan untuk permulaan dalam mengubahsuai rumah adalah dari syelek kayu. Kemudian kayu dipotong mengikut jarak tiang ke tiang. Selepas itu, bumbung juga ditukar kepada bumbung yang baru. Lalu perabung dipasang. Frame cermin pula dibuat di kedai aluminium, anda hanya perlu bagi ukuran cermin sahaja.
Gambar lebih dekat proses pemasangan dinding papan yang telah disapu dengan syelek.
Proses pemasangan dinding kayu sedang dijalankan
Pemasangan hampir 50% siap.
Pintu utama juga disapu dengan syelek untuk membuatkannya tahan lebih lama.
Proses pemasangan dinding sudah selepas
Pintu utama juga sudah dipasang
Pandangan dari sisi keadaan rumah yang telah dipasang dinding kayu dan beratapkan zink.
Keadaan rumah sebelum dipasang pintu.
Keadaan rumah hampir 80% siap. Nampak simple dan menarik.
Inilah hasil apabila rumah hampir siap diubahsuai. Memang nampak cantik disamping kehijauan pokok-pokok tumbuhan disekeliling rumah.
Rupanya bukan mudah nak buat kerja-kerja pertukangan, setiap hari ada sahaja luka di tangan, jari, kaki dan pinggang. Rumah ini belum siap sepenuhnya lagi. Sebab hanya berkesempatan untuk buat pada hujung minggu sahaja.
Itu sahaja perkongsian kita untuk hari ini. Di harap perkongsian pada kali ini dapat memberi sumber inspirasi kepada anda dalam cuba untuk ubahsuai rumah anda.