Dari Tempat "Letak Baja" Kini Jadi Konsep "Tiny House"

Ditulis oleh

Siapa sangka dahulunya adalah hanya tempat letak baja sahaja, tetapi kini sudah menjadi sebuah rumah kayu yang cantik dan indah. Itulah yang dilakukan oleh Erdy Tan mengubah sebuah pondok kepada kediaman untuknya dan isteri yang tercinta. Jadi untuk perkongsian kali ini adalah mengenai transformasi dari tempat letak baja kepada rumahku syurgaku.

Upgrade dari tempat letak baja menjadi rumahku syurgaku.
Mula-mula nak buat design rumah batu, wife tak nak.

Nak juga rumah kayu dalam kebun. Jadi kita ikutkan sahaja, panggil la tukang  untuk tengokkan. Selepas beli barang, tukang tak datang.

Di sebabkan masalah tukang yang tidak munculkan diri tanpa sebab, beliau cuba memberanikan diri untuk mengubahsuai sendiri rumah.

Transformasi Dari Tempat Letak Baja Kepada Rumahku Syurgaku :

 

Ini adalah tempat dan keadaan pondok sebelum diubahsuai menjadi rumahku syurgaku.

deco tiny house Kerja yang dilakukan untuk permulaan dalam mengubahsuai rumah adalah dari syelek kayu. Kemudian kayu dipotong mengikut jarak tiang ke tiang. Selepas itu, bumbung juga ditukar kepada bumbung yang baru. Lalu perabung dipasang. Frame cermin pula dibuat di kedai aluminium, anda hanya perlu bagi ukuran cermin sahaja.

deco tiny house Gambar lebih dekat proses pemasangan dinding papan yang telah disapu dengan syelek.

deco tiny house Proses pemasangan  dinding kayu sedang dijalankan

tiny housePemasangan hampir 50% siap.

deco tiny house Pintu utama juga disapu dengan syelek untuk membuatkannya tahan lebih lama.

deco tiny house Proses pemasangan dinding sudah selepas

deco tiny house

 

deco tiny house Pintu utama juga sudah dipasang

deco tiny house Pandangan dari sisi keadaan rumah yang telah dipasang dinding kayu dan beratapkan zink.

deco tiny house Keadaan rumah sebelum dipasang pintu.

deco tiny house

Keadaan rumah hampir 80% siap. Nampak simple dan menarik.

deco tiny house Inilah hasil apabila rumah hampir siap diubahsuai. Memang nampak cantik disamping kehijauan pokok-pokok tumbuhan disekeliling rumah.

deco tiny house

Rupanya bukan mudah nak buat kerja-kerja pertukangan, setiap hari ada sahaja luka di tangan, jari, kaki dan pinggang. Rumah ini belum siap sepenuhnya lagi. Sebab hanya berkesempatan untuk buat pada hujung minggu sahaja.

Itu sahaja perkongsian kita untuk hari ini. Di harap perkongsian pada kali ini dapat memberi sumber inspirasi kepada anda dalam cuba untuk ubahsuai rumah anda.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 16, 2021
Dikemaskini pada
Februari 16, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram