Sesebuah rumah itu kelihatan cantik adalah disebabkan oleh pemiliknya yang pandai mendekorasikan rumah masing-masing. Memang faktor duit memainkan peranan penting tetapi idea dan kreativiti yang paling memainkan peranan dalam mendekorasikan sesebuah rumah. Perkongsian Giler Deco pada hari ini adalah mengenai Ubahsuai rumah dengan konsep elegan lobi hotel.
Apa yang membuatkan dekorasi rumahnya kelihatan cantik dan elegan adalah disebabkan oleh idea kreativiti yang dihasilkan dekorasi ruang tamu persis seperti lobi hotel 5 bintang. Mana tidaknya hiasan yang dihasilkan mempunyai nilai realistik yang tersendiri seperti apa yang pemilik rumah mahukan. Perkongsian ini adalah dari pasangan Amir Hamzah Mansor dan Nurlailah Khadijah Awaluddin.
Nurlailah Khadijah Awaluddin yang juga merupakan ibu kepada tiga orang anak itu sempat berkongsi dekorasi yang dihasilkan itu adalah inspirasi daripada hotel-hotel mewah yang pernah dikunjunginya ketika bercuti.
"Setiap kali berkesempatan menginap di hotel mewah saya sering kagum dengan dekorasi pada bahagian lobi yang setiap satu daripadanya mempunyai keistimewaan dan ciri-ciri tersendiri.
Itulah apa yang disampaikan oleh pasangan ini untuknya menghasilkan jenis dekorasi yang cantik dan elegan ini. Disebabkan begitu minat dengan dekorasi berkonsepkan hotel. Pasangan ini tanpa berfikir panjang terus mendekorasikan rumah dengan konsep tersebut.
Inilah keadaan rumah kediamannya selepas diubahsuai dengan konsep ala-ala hotel. Untuk memastikan rumah kelihatan mewah dan cantik, pemilihan pemilihan warna yang sendondon juga memainkan peranan penting dalam mendekorasikan sesebuah rumah.
Perabot yang dibeli adalah berdasarkan warna dinding supaya kelihatan lebih sedondon dan sejuk mata memandang.
Untuk memastikan ruang tamu kelihatan lebih menarik dan berseri-seri, pasangan ini membina akuarium pada dinding supanya kelihatan seperti frame gambar. Menarik bukan apa yang dilakukan oleh pasangan ini? Bajet yang dikeluarkan untuk membuat akuarium ini hanyalah dalam lingkungan rm2000 sahaja.
Itu sahaja perkongsian kita untuk hari ini. Diharap dapat membantu anda untuk mendekorasikan rumah dengan konsep-konsep yang menarik.