Setiap pemilik rumah pasti mengimpikan untuk memiliki kawasan ruang dapur yang cantik dan kelihatan baru. Lagi-lagi apabila dapur yang digunakan itu sudah lebih dari satu dekad. Pasti anda menginginkan perubahan bukan? Jadi jika anda mahu menjadikan dapur lama anda lebih menarik, tidak salahnya anda menerapkan deco dengan gaya anda tersendiri. Perkongsian pada kali ini adalah dari Rahmah Saying. Perkongsiannya pula adalah mengenai dapur lama 11 tahun diubahsuai kepada gaya mewah.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang menarik ini.
Selepas 11 tahun, kita buat ubahsuai sikit.
Ini adalah keadaan ruang makan pada bahagian dapur sebelum proses ubahsuai dilakukan.
Keadaan dapur setelah ubahsuai selesai dilakukan. Konsep deco yang diterapkan pada bahagian dinding itu adalah gaya marble dengan menggunakan wallpaper.
Bahagian table top sebelum diubahsuai.
Keadaan table top setelah diubahsuai. Untuk permukaan table top itu diubahsuai dengan menggunakan tiles.
Sebelum diubahsuai, meja makan table top itu tidak bersambung dengan ruang sinki.
Keadaan selepas diubahsuai. Pemilik rumah ini memilih untuk menyambung bahagian table top dan bahagian sinki tersebut.
Keadaan dapur dari sudut pandangan pintu masuk dapur.
Bahagian pintu masuk ke dapur selepas diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian deco dapur lama cara jimat ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam cuba untuk mencari idea dan sumber inspirasi sekiranya mahu melakukan dekorasi pada dapur lama.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.