Ingin mencari atau membeli rak tv untuk diletakkan pada tv anda? Namun, kesemua rak tv yang dah siap dipasarkan di pasar raya tentunya harga mencecah hampir beratus-ratus ringgit. Tidak semua daripada kita mampu untuk membelinya. Ia bergantung kepada bajet anda masing-masing.
Jadi, apa kata anda DIY sahaja rak tv yang simple dan murah ini daripada محمد اكمال اذىذى ini. Beliau telah berkongsikan cara bagaimana beliau membuat rak tv secara DIY di rumah kediaman beliau.
Disebabkan bajet yang begitu terhad dan juga harga rak tv yang sedia ada dipasar raya terlalu mahal mendorong beliau untuk membuat secara DIY. Jom kita tengok bagaimana cara beliau membuat diy rak tv tersebut dan hasilnya setelah dilakukan.
Projek DIY rak tv yang simple dan mudah. Nak beli yang elok, duit terhad.
1. Sebelum melakukan rak tersebut, pastikan ukur bentuk dan saiz rak tv yang ingin dibina terlebih dahulu.
2. Setelah dapat ukuran tersebut. Buatkan rangka dan sambungkan paip pvc dengan menggunakan joint
3. Skru kan sekali dengan papan dan juga paip. Gunakan L bracket dan skru setiap sisi tersebut agar ia menjadi kukuh.
Pastikan semua skru tersebut kemas dan rak tersebut kukuh agar ia dapat menampung berat tv
4. Untuk bagi nampak lawa. Anda boleh cat kan warna hitam. Terus nampak lawa macam besi. Kalau warna putih, terus nampak macam rak tv daripada ikea.
Kayu yang saya guna itu adalah kayu pallet, nak lagi kemas boleh guna pineood tapi bajet kena keras.
5. Hasilnya!!
Macam mana dengan cara diy rak tv ini? Sangat kreatif dan hasilnya juga sangat cantik dan nampak elegan. Boleh anda lakukan dirumah. Selamat mencuba semua.
Sumber : محمد اكمال اذىذى
Ingin membaca artikel seterusnya?
Baca juga :- Gadis Ini Berkongsi Barangan Shopee Yang Dibeli Online Untuk DIY Makeover Bilik Tidur