Jika rumput dirumah anda selalu tinggi panjang walaupun dah cabut sudah mesti anda akan stress kan? Pasti anda tertanya-tanya bagaimana untuk melakukan sebuah DIY racun rumput organik. Nak beli racun dikedai harga sangat mahal dan berbahaya untuk kesihatan.
Selain itu, racun rumput juga bukan sahaja bahaya untuk kesihatan tetapi ia boleh membawa maut jika tidak digunakan dengan betul ketika anda menggunakannya. Perkongsian sebuah facebook bernama Pesan Bonda kongsikan bagaimana untuk membuat racun organik yang selamat.
Jadi, dengan perkongsian ini diharap ia dapat menyelesaikan masalah anda terhadap rumput ini. Jom kita tengok bagaimana untuk melakukan racun rumput organik ini.
Rumah yang aku beli baru-baru ini adalah ruang tanah sikit, tidak besar mana tapi dalam 2 atau 3 kangkang kera macam tu.
Tapi masalah asas bila kau ada ruang tanah ini adalah bila ianya ditumbuhi rumput liar, lebih-lebih lagi rumah baru siap dan kau baru nak pindah masuk.
Usah gelabah, kalau tak suka guna racun herbisid macam paraquat, boleh buat herbisid organik sendiri dengan menggunakan bahan asas yang ada kat rumah.
Kau hanya perlukan cuka masakan dan sabun pencuci pinggan. Juga alat penyembur supaya senang kerja kau.
Bahan-Bahan Yang Diperlukan :-
Cara-Cara Untuk Melakukan Racun Rumput Organik
1) Tuangkan cuka masakan ke dalam alat penyembur.
2) Setelah itu, titiskan 3 atau 4 sudu besar sabun cecair pencuci pinggan ke dalam alat penyembur tersebut.
3) Kemudian, semburkan ia pada kawasan rumput liar tersebut secara menyeluruh.
4) Sembur hanya sekali, selepas seminggu hasilnya rumput akan bertukar warna coklat,akarnya menjadi kering dan mudah dicabut
Kerja seterusnya adalah bawa keluar cangkul dan buangkan semua rumput tu. Bukan susah mana pun sebab selepas seminggu akar rumput tersebut sudah pun kering dan mudah dicabut.
Sumber : Pesan Bonda