Masalah sinki tersumbat memang menyebabkan kerja dapur tertangguh. Mana taknya, nak masak pun jadi sudah. Lepas masak nak basuh periuk tu pun spoil mood sebab sinki tersumbat. Perkongsian kali ini adalah mengenai cara mudah baiki singki dapur tersumbat dan berbau.
Jom cuba kaedah yang dikongsikan oleh Syafini Hassan untuk menghilangkan masalah sinki tersumbat dan berbau dengan mudah. Tak perlu minta tolong suami dan upah orang sebab dah boleh buat sendiri. Mudah dan jimat!
Pagi ni dah setel mengemas & packing parcel, kak pin teringat yang sinki kat dapur tu dah tak berapa lancar airnya. Perasan tak kekadang kita terbau benda busuk kat sinki tu.cari- cari tak Jumpa plak puncanya. Sampah dah clear.Kekadang lemak & air dalam sinki tu yang berbau. Ye la macam-macam yang masuk lubang tu kan tak caya cer pi cium sekarang hihiDulu kak pin suruh je hero kak pin buat. Tapi bila kak pin dah full time kak rumah ni terpaksa la belajar berdiri diatas kaki sendiri kan.. ( tapi masih dipantau hihi )Jom kak pin share camne nak clearkan saluran sinki yang tersumbat ataupun yang lama tak cuci. Boleh klik kat gambar untuk step by step
Langkah-Langkah Untuk Baiki Sinki Dapur Yang Tersumbat
Mula-mula jerang seperiuk air. Tak perlu sampai mendidih. Just cukup-cukup panas sahaja.
Selain itu kena ada 2 benda ini.
1. Sebotol cuka buatan
2. Sebotol soda. Bukan soda bikarbonat yang buat kek tu. Ni soda memang untuk clearkan sinki. Boleh beli dekat kedai hardware berhampiran. Harga sebotol macam ini dalam rm16.
Ini rupa soda itu. Berkeping-keping, kalau boleh jangan pegang direct sebab bahan kimia.
Langkah Seterusnya. Keringkan sinki dulu. Kurang mujarab kalau ada air bertakung
Tuang soda ke lubang sinki. Agak-agak sesedap rasa
Selepas Itu tuang cuka kedalam air panas tadi. Sesedap rasa juga.
Selepas itu tuang air panas tadi ke lubang sinki. Hati-hati sebab ada tindak balas. Tuang sikit-sikit dulu.
Kan dah bagitahu ada wap air tu. Selepas itu tuang air sampai habis. Siap
Bersih dah sinki kita. Kalu ada 2 sinki ulang proses yang sama. Yang terbaik tak yah tunggu sinki sumbat baru nak cuci yee.
Sumber : Syafini Hassan