Sudah menjadi impian pemilik rumah untuk memiliki ruang bilik air yang kelihatan agak luas dan berkonsepkan gaya moden. Siapa tidak mahu memiliki bilik air yang cantik dan selesa bukan? Jadi perkongsian pada kali ini adalah dari seorang pereka design dalaman rumah yang bernama Kyra Kirara. Perkongsiannya pula adalah mengenai cara ubahsuai bilik air lama jadikan luas dan mewah.
Jom ikuti perkongsian deco bilik air yang menarik ini.
Kerja-kerja buang tile lama dan pasang tile size 1x2 kaki yang lebih modern.
Menampakkan ruang yang luas dan mewah .Lokasi - Shah Alam
Ini adalah keadaan bilik air lama sebelum diubahsuai kepada konsep dan gaya baru yang lebih moden.
Walaupun bilik air ini tidak begitu luas, namun itu bukanlah menjadi penghalang untuk tidak mengubahsuai bilik air rumah anda menjadi gaya baru seperti yang dilakukan oleh pemilik rumah ini.
Pandangan dari hadapan keadaan bilik air sebelum diubahsuai.
Proses-proses ubahsuai bilik mula dilakukan bagi memastikan bilik air ini kelihatan baru dengan gaya moden.
Proses diteruskan lagi dengan memasang tiles pada dinding.
Langkah seterusnya adalah melakukan proses plaster dinding pada bahagian atas.
Proses plaster dinding sudah hampir selesai dilakukan.
Proses plaster dinding pada bahagian atas selesai dilakukan.
Langkah seterusnya pula adalah pemasangan bahagian tandas duduk.
Ini adalah hasil akhir bilik air setelah selesai diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian yang menarik ini sedikit sebanyak dapat memberikan sumber inspirasi dan idea dalam mengubahsuai tandas lama anda.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.