Mempunyai kabinet pintu, almari atau apa jua perabot yang dilengkapi dengan sliding door ini sangat cantik dan menarik. Namun, apabila sliding door ini kerap sangat digunakan akan ada masalah yang akan timbul. Apa itu masalah yang timbul?
Masalah tersebut ialah pintu sliding akan terkeluar daripada landasan. Perkara ini memang biasa terjadi. Jadi, anda tidak perlu keluarkan duit mengupah seseorang untuk membaikinya kerana anda boleh baikinya sendiri.
Menerusi perkongsian daripada Basyeer Hulala ini, beliau hanya menggunakan satu bahan sahaja untuk membaiki masalah sliding door yang terkeluar daripada landasan. Apa yang diperlukan ialah hanya tukar roda sahaja. Jom kita ikuti perkongsian daripada beliau.
Untuk sesapa yang ada masalah pintu sliding almari baju asyik terkeluar dari landasan, boleh diy tukar anti jump roller macam ni
Bahan Yang Diperlukan :-
Tukarkan Roda Asal Kepada Roda Baharu
Roda yang bernama V2 itu adalah roda yang asal. Ia tidak mempunyai besi memanjang terjuntai sebagai berfungsi untuk anti jump. Dia jadi macam spring kita boleh tolak masuk roller tu kedalam.
Untuk roda yang baru ini. saya beli di platform Shopee. Banyak seller yang jual roda macam ini.
Kalau sliding door yang macam dalam gambar first tu, anda cuma perlu beli yang roller set sahaja. Yang lain tak perlu. Untuk stopper tu nak mudah guna gam lilin saja lekat dekat rail tu.
Ini sahaja perkongsian daripada Giler Deco untuk kali ini. Diharap anda dapat menyelesaikan masalah roda sliding door yang selalu terkeluar daripada landasan ini yang dilakukan oleh basyeer Hulala.
Semoga bermanfaat untuk semua.
Sumber : Basyeer Hulala