Cara Sejukkan Rumah Dengan Menggunakan Aluminium Foil

Ditulis oleh

Setiap penghuni rumah ini sudah pastinya menginginkan sebuah rumah dengan suhu yang sejukkan? Siapa yang nak duduk didalam rumah yang panas. Kalau yang berkemampuan boleh beli aircond, kalau yang tidak berkemampuan pula bagaimana?

Kalau anda rasa rumah anda berasa sangat panas, bolehlah ikuti perkongsian daripada Oyeasaar Nordin ini. Beliau telah berkongsikan cara untuk sejukkan suhu rumah dengan hanya menggunakan aluminium foil sahaja.

Caranya sangatlah simple dan senang sahaja. Jom kita ikuti perkongsian daripada beliau ini. Komfirm rumah akan berasa sejuk dan tidak akan panas lagi.

Cara Untuk Sejukkan Rumah Dengan Hanya Menggunakan Alumunium Foil

Dok survey2 cara nk sejukkan rumah sebelum pasang aircond & ventilation fan. Ni 1st step letak aluminum foil (beli kt shoppe). Tapi style rumah lame, bahagian bilik, bawah genting terus siling so tak ade ruang nak masuk macam kebiasaan. Survey ade 3 cara

  • 1-bukak bumbung
  • 2-bukak siling
  • 3-tampal je kt siling.

Tapi semue cara ni tak sesuai. So dok fikir punya fikir last dapat la idea cmne nk buat. Gune pvc pipe. Cam jolok buah mangga. Hahahaha, jolok sampai ke papan manis kt luar. Pastu stapler je. Kene buat pagi2 kalo matahari naik baru buat mau berkicap kt atas tu.

Keadaan bilik masa tghari lebih 40° (anggran sy gune temprecre biase je) memang tak selesa. So skrng suhu dah normal suhu bilik, next baru pasang aircond baru la jimat letrik.

Suhu Rumah Sebelum Meletakkan Aluminium Foil

Inilah dia suhu rumah yang asal sebelum projek meletakkan aluminium pada dinding rumah. Memang semuanya rata-rata mencecah 40 drajah selsius keatas. Panass sangat tu.

Cara Sejukkan Rumah

Kesemua bahagian ini tiada lubang angin untuk angin keluar. Semuanya tertutup.

Cara Sejukkan Rumah

Ni saya beli segulung aluminium foil untuk melakukan projek ini. Beli banyak tak apa sebab yang lebih boleh simpan.

Cara Sejukkan Rumah

Potong-potong dulu.

Masukkan diantara celah-celah bahagian bawah bumbung ini. Kalau ada ruang jer, letakkan.

Cara Sejukkan Rumah

Suhu Rumah Selepas Meletakkan Aluminium Foil

Alhamdulillah, selepas melakukan cara letakkan aluminium, boleh nampak dah suhu dah turun. Terasa sejuk sikit berbanding sebelum meletakkan aluminium foil.

Cara Sejukkan Rumah

Sumber : Oyeasaari Nordin

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Januari 18, 2022
Dikemaskini pada
Januari 18, 2022
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram