Cara Recycle Botol Plastik Untuk Kegunaan Rumah

Ditulis oleh

Segmen DIY kali ini akan berkongsi cara kitar semula atau recycle botol yang sangat kreatif. Tidak perlu membazir membelanjakan wang untuk membeli barang-barang baru untuk kegunaan tertentu. Caranya mudah dan mesra bajet malah turut mesra alam! Perkongsian kali ini adalah dari Yatie Eimra. Perkongsiannya adalah mengenai cara recycle botol plastik untuk kegunaan rumah.

Menurut kajian yang dijalankan, botol plastik mengambil masa kira-kira 450 tahun untuk mereput sepenuhnya. Oleh itu, sebagai pengguna kita haruslah bijak memainkan peranan seoptimum yang mungkin untuk menjaga alam sekitar dengan mengitar semula bahan-bahan terbuang.

Jika di rumah anda terdapat banyak botol-botol plastik yang sudah tidak digunakan, jangan dibuang dahulu kerana anda boleh menghasilkan pelbagai produk kitar semula untuk kegunaan di rumah selain turut menjaga keindahan alam sekitar kita. Entri kali ini akan berkongsi gambar-gambar dan tips dari Puan Yatie Eimra tentang idea membuat peralatan untuk kegunaan di rumah yang dihsilkan dari botol-botol terpakai.

Cara Recycle Botol Plastik Yang Sangat Mudah :

 

tips kitar semula botol plastikTadah air untuk bekas dispenser air. Masa raya saya guna botol ini saja untuk buat tadah air yang meleleh.

Tips:

Tapak dispenser air itu tidak perlu ditolak kedepan atau kebelakang sikit supaya sudut botol plastik tadi bersesuaian dan boleh tadah air yang meleleh tanpa tumpah atas lantai.

tips kitar semula botol plastikTempat untuk simpan spaggeti. Senang untuk masak dengan portion yang sama.

tips kitar semula botol plastik Saya buat simpan tepung khas untuk bersihkan ayam/ikan/dll.  Lubangkan penutup macam ini, kemudian tutup guna cup ubat.

tips kitar semula botol plastik
Botol kordial buat jirus pokok pun boleh.

tips kitar semula botol plastikCara ini paling senang bila ada jajan yang tidak habis. Saya jarang makan jajan, tapi sesekali teringin juga. Bila sudah bukak, seminggu pun belum tentu habis lagi. Guna penutup botol ini bukan hanya mudahkan untuk buka dan makan, tapi jajan lebih tahan lama. Tapi kena ikat getah dengan kemas, kemudian sebelum tutup rapat, tekan plastik pembungkus supaya angin keluar dan tutup penutup. Lama-lama angin akan masuk juga, tapi keluarkan angin itu dengan cara sama. Jika ingin mudah bukak penutup, pegang sikit bahagian botolnya macam dalam gambar.

tips kitar semula botol plastikBila si kecik kerjanya mahu basuh tangan  24jam, di rumah ada tangga khas untuk anak panjat dan basuh tangan. Tapi dapur ini kecik dan sempit, jadi tidak boleh letak tangga dia dekat depan sinki 24jam.

tips kitar semula botol plastikTerpaksalah ummi dia buat extention untuk paip supaya si kecik ini boleh basuh tangan tanpa panjat tangga. Bila sudah basuh, cabut balik botol ini.

Tips:

Muncung botol saya alas dengan tisu wipes untuk perlahankan aliran air.  Air tidaklah terpercik kuat.

tips kitar semula botol plastikSaya suka asingkan plastik yang saiz kecik untuk tong sampah kecik kat sinki. Guna botol untuk simpan plastik kecik ini dan sangkut dekat mana-mana tempat yang patut.

tips kitar semula botol plastik
Gubahan dari botol plastik untuk letak arang.

tips kitar semula botol plastik
Buat tabung diy pun boleh.

tips kitar semula botol plastik
Tabung spongebob round pants.

tips kitar semula botol plastik
Ini acah-acah english style.

tips kitar semula botol plastikBotol madu di make up dan dijadikan bottle light.

Cantikkan lampu botol yang DIY ini. Puan Yatie hasilkan lampu ini daripada botol madu yang dikitar semula.

Tips:

Kesemua botol kosong akan dibersihkan menggunakan sabun terlebih dahulu bagi menghilangkan kesan kotoran atau air manis.

Selamat mencuba!

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Oktober 21, 2020
Dikemaskini pada
Oktober 21, 2020
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram