Cara Pasang Sliding Barn Door Untuk Walk-In-Wardrobe

Ditulis oleh

Penggunaan barn door pada masa kini boleh dikatakan menjadi kegilaan ramai. Hal ini kerana, dengan memiliki reka bentuk yang menarik, ia lebih menjadikan kawasan tersebut kelihatan lebih cantik dan kreatif. Kebiasaannya, barn door ini berfungsi sebagai pintu hiasan untuk bilik stor atau walk-in-wardrobe. Seperti apa yang dilakukan oleh Ahmad Zhafran Abdurrahim ini. Beliau berkongsi mengenai cara pasang sliding barn door untuk walk-in-wardrobe rumahnya.

Jadi, jom kita ikuti perkongsian diy barn door yang menarik ini.

 

Bismillah. Pertama kali nak berkongsi perjalanan buat sliding barn door untuk walk-in-wardrobe.

 

Selepas siap renovate rumah hari itu, ada sekeping plywood lebih. Setelah berfikir panjang, timbul idea untuk buat barn door pada ruang wardrobe yang belum ada pintu. Kemudian, beliau terus cari inspirasi dekat Pinterest dan terus pergi ke kedai cari kayu.

Senarai bahan : 

  1. Papan tengah dan tulang belakang: construction grade plywood baki renovation.
  2.  Tulang temulang: kayu pine dara dari Chin Chun.
  3. Railing dan handle: Shopee.
  4. Cat: Seamaster matt white & matt black

Lain-lain peralatan : 

  1. Filler pakai ASG sahaja. Banyak lebih dari renovation.
  2. Potong kayu dan plywood semua circular saw. Belum ada bajet untuk beli miter saw.
  3. Sanding menggunakan mesin.

Pada yang bertanya, ini link untuk railing dan handle yang dibeli olehnya di Shopee : https://shp.ee/sm4iwrv

Cara Pasang Sliding Barn Door : 

Pasti anda nampak pattern plywood itu pelik kan? Sebab guna construction grade waterproof plywood. Bukan untuk perabot sebenarnya. Tapi ada lebihan dari ubahsuai rumah hari itu, jadi buat apa membazir. Kita diy buat barn door pula.

cara pasang barn door

Proses paling memenatkan adalah apabila melakukan filling dan sanding. Makan sehari juga untuk siap.

Keadaan barn door selepas di cat. Bahagian depan putih, sisi dan belakang hitam. Konsep dua tona warna.

Pintu selepas dipasang. Railing itu sudah disukat guna spirit level tetapi gap bawah tidak sama sebab tiles lantai tak level dengan betul.

cara pasang barn door

Walaupun tidak semewah rumah orang, tetapi cukup berfungsi untuk sembunyikan segala harta karun dalam ini apabila tetamu datang bertandang..

cara pasang barn door

Walk-in-wardrobe ini asalnya stor. Beliau tutup pintu asal dari hall, pecahkan sebelah master bedroom. Jadilah wardrobe. Shelving itu tulangnya guna kayu meranti baki renovation (reclaimed). Letakkan plywood 6mm atas bawah, silikon keliling, tampal dan cat.

Untuk kos keseluruhan, kos kayu lebih kurang RM80 dan baki kayu lagi. Untuk railing dan handle pula dalam lingkungan RM160. Kemudian untuk plywood, cat, filler itu adalah dari lebihan ubahsuai rumah hari itu.

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Januari 31, 2022
Dikemaskini pada
Januari 31, 2022
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram