Cara Mudah Pemasangan Kayu MDF Pada Dinding

Ditulis oleh

Sejak kebelakangan ini, deco rumah dengan cara diy boleh dikatakan menjadi satu trend di kalangan pemilik rumah. Lagi-lagi penggunaan shiplap wall dan wainscoting bagi menghasilkan satu dekorasi simple yang sangat cantik. Faktor utama pemilik rumah memilih untuk melakukan secara diy adalah kerana pemasangannya tidaklah begitu rumit dan menjimatkan bajet. Perkongsian pada kali ini adalah dari Cik Noor Maslina Ismail. Perkongsiannya pula adalah mengenai cara mudah pemasangan kayu mdf pada dinding hasilkan deco gaya "Green Shiplap Wall".

Jom sama-sama ikuti perkongsian diy yang sangat menarik ini.

Cara Mudah Pemasangan Kayu MDF Pada Dinding

 

Pertama kali mencuba.
Alhamdulillah inilah hasilnya.
Modal sekali mesin dalam rm500.

 

Ini adalah semasa proses pemotongan kayu shiplap. Jenama mesin yang digunakan adalah deWalt.

Proses shiplap mula dilakukan pada bahagian pintu masuk terlebih dahulu.

Proses pemasangan masih lagi diteruskan.

Pemasangan kayu shiplap diteruskan lagi satu demi satu.

Setelah selesai dipasang. Proses seterusnya pula adalah mengecat dengan warna yang diinginkan.

Proses mengecat masih berjalan. Proses seterusnya adalah dengan mengecat kayu shiplap pada bahagian atas pula.

Proses mengecat telah selesai dilakukan.

Inilah hasil dinding ruang tamu setelah selesai dipasang shiplap wall.

Keadaan dinding setelah diubahsuai dari sudut pandangan hadapan.

Ruang tamu pada waktu siang.

Itu sahaja perkongsian Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian yang menarik ini sedikit sebanyak dapat memberi sumber inspirasi dan idea dalam cuba untuk deco ruang tamu rumah anda dengan gaya dinding shiplap seperti ini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat mendeko.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
November 30, 2021
Dikemaskini pada
November 30, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram