Cara Mudah Pasang Lantai Vinyl Gaya "Tulang Ikan" Dengan Betul

Ditulis oleh

Sejak lantai vinyl ini makin menjadi trend. Ramai di antara pemilik rumah cuba untuk memasang vinyl floor pada rumah masing-masing. Apa yang membuatkan lantai vinyl ini popular adalah disebabkan oleh coraknya yang cantik dan pemasangannya pun tidak begitu sukar. Perkongsian kali ini adalah dari Net Azr mengenai cara mudah pasang lantai vinyl gaya tulang ikan dengan betul.

Jom kita ikuti cara dan teknik pemasangan lantai vinyl gaya tulang ikan yang mudah dan simple ini.

Cara Mudah Pasang Lantai Vinyl :

1. Susun kepingan lantai vinyl itu rapat ke dinding seperti dalam gambar dibawah ini. Dengan menggunakan kaedah ini anda dapat menjimatkan penggunaan lantai vinyl ini. Lagi satu adalah akan memudahkan anda untuk potong vinyl itu kerapa susunannya hanya menegak sahaja. Dengan itu anda akan dapat kurangkan wastage.

Link Shopee vinyl floor jika anda berminat untuk membelinya :

  1. Lantai Vinyl : https://shp.ee/hyd88x9
  2. Gam vinyl floor khusus untuk tandas sahaja : https://shp.ee/nnyg4gt
  3. Gam vinyl floor untuk lantai biasa : https://shp.ee/fnytnub

CARA PASANG VINYL FLOORING2. Sebenarnya cara yang dibawah ini pun boleh digunakan. Tapi seeloknya kalau anda tidak mahu membazir anda tidak disarankan menggunakan cara ini. Dengan menggunakan cara ini akan menyebabkan anda menggunakan lebih banyak vinyl.

Ingin tahu sebabnya? sebabnya adalah tepi dinding yang anda pasang vinyl itu nanti anda kena potong senget. Hal ini akan menyebabkan banyak wastage vinyl. Jadi kaedah ini akan membuatkan anda membazir bagi yang cuba membuat pemasangan dirumah. Tetapi jika anda seorang yang profesional dalam bidang ini tidak mengapa kerana anda dapat memotongnya dengan sama.

CARA PASANG VINYL FLOORING3. Gam yang digunakan adalah gam dunlop kerana vinyl ini dipasang di bahagian depan rumah. Dengan menggunakan gam dunlop dapat menjadikan vynil ini tahan lama kerana gam ini tahan air.

CARA PASANG VINYL FLOORINGIni adalah hasil lantai vinyl yang sudah siap dipasang. Cantik kan? Dengan lantai bercorak-corak akan membuatkan rumah anda bertambah ceria.

CARA PASANG VINYL FLOORINGItu  sahaja perkongsian kita untuk hari ini. Diharap dapat membantu anda dalam pemasangan lantai vynil ini dirumah.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 16, 2021
Dikemaskini pada
Februari 16, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram