Cara Mudah Lakukan DIY Wainscoting Pintu Stor

Ditulis oleh

Sangat jarang sekali kita lihat pemilik rumah mendekorasikan bahagian pintu bilik stor supaya kelihatan cantik dan menarik. Biasanya, dekorasi yang dilakukan adalah pada kawasan yang lebih tertumpu seperti dinding ruang makan, dinding ruang tamu dan sebagainya. Tetapi projek diy kali ini adalah mengenai cara mudah lakukan wainscoting pintu stor. Perkongsian kali ini adalah dari Pa'e Faeza. Kerja diy yang cukup simple dan kreatif ini dilakukan sendiri oleh suaminya.

Jom sama-sama kita ikuti perkongsian menarik ini.

DIY Wainscoting Pintu Stor

 

Bersiaran lagi pada hari ini. Kali ini kita diy pintu stor pula.

Kod cat yang digunakan adalah Jotun stylish grey 7395.

Semoga bermanfaat

 

Ini adalah keadaan pintu stor sebelum diubahsuai.

Proses-proses pemasangan bingkai wainscoting pada bahagian pintu sedang dilakukan.

Bingkai wainscoting selesai dipasang dan dilekatkan pada pintu dengan menggunakan Gam Xbond.

Proses seterusnya pula adalah dengan mengecat bahagian bingkai wainscoting dan pintu tersebut mengikut warna yang diinginkan.

diy pintu stor

Cat boleh beli disini. Harganya sekitar RM50 sahaja.

Inilah hasil bahagian pintu bilik stor setelah selesai dipasang wainscoting.

diy pintu stor

Itu sahaja perkongsian deko rumah dengan menggunakan cara diy pada kali ini. Diharap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencari sumber inspirasi dalam melakukan projek diy. Semoga bermanfaat.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 10, 2022
Dikemaskini pada
Februari 10, 2022
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram