Pada masa kini projek diy memang menjadi kegilaan ramai tidak kira dari golongan remaja, pertengahan umur dan juga yang sudah berusia. Hal ini kerana, dengan melakukan secara diy, ia lebih menjimatkan bajet dari membeli secara terus. Jadi perkongsian pada kali ini adalah dari Madeeha A. Rahim. Perkongsiannya pula adalah mengenai cara mudah lakukan diy meja solek guna "pine wood".
Jom ikuti perkongsian diy yang sangat menarik ini.
Alhamdulillah.
Request meja solek diy.
Sangat berpuas hati dan bersyukur.
Permulaan proses, kayu dipasang membentuk satu rangka tapak meja solek terlebih dahulu. Ini adalah untuk penghasilan kabinet bawah yang kukuh untuk menampung almari meja solek ini.
Selepas kabinet bawah selesai dipasang. Kini proses seterusnya adalah memasang rak pada bahagian atas almari meja solek ini.
Proses seterusnya adalah memasang kayu pada bahagian belakang rak meja solek ini.
Proses seterusnya pula adalah untuk pemasangan tempat letak cermin rak meja solek ini pada bahagian tepi.
Cermin meja solek selesai dipasang.
Inilah hasil akhir setelah projek diy selesai dilakukan.
Almari kabinet meja solek selesai mendarat di dalam bilik.
Dengan melakukan projek secara diy ini sekurang-kurangnya dapat menjimatkan bajet anda dalam memiliki rak almari kabinet meja solek. Kenapa perlu beli mahal sedangkan dapat buat sendiri dengan harga murah?
Setakat ini sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai projek diy meja solek pada kali ini. Di harap dengan perkongsian diy meja solek ini sedikit sebanyak dapat memberi idea dan inspirasi kepada anda dalam melakukan diy seperti ini.
Semoga perkongsian pada kali ini bermanfaat.