Projek diy pada masa kini sudah tidak asing lagi dalam kalangan kita. Rata-rata pemilik rumah melakukannya secara diy kerana lebih jimat berbanding mengupah orang. Perkongsian pada kali ini adalah dari Ema ChuBby's. Perkongsiannya pula adalah mengenai cara mudah diy accent wall gaya kreatif dan mewah.
Jom sama-sama kita ikuti cara ringkas diy yang menarik ini.
Teratak kecik
Duk lalu lalang accent wall kat wall facebook. Maka terhasil la hasil air tangan suami. Buat sendiri jimat banyak kan?
2 hari siap la accent wall kami 100% dari design ke color adalah idea suami.
Almost 2 tahun duduk rumah sendri. Masih newbie dalam mendeco.
Mohon tunjuk ajar sifu-sifu semua
Inilah cita rasa kami.
Terima Kasih
Ini adalah peralatan yang digunakan untuk membuat lakaran accent wall hanya dengan menggunakan alat tulis. Ini wajib ada jika mahu membuat lakaran.
Hasil lakaran accent wall yang dibuat oleh suaminya. Bila engineer yang buat kerja. Memanng details siap drawing and ukuran.
Keadaan dinding ruang tamu sebelum diubahsuai.
Keadaan dinding semasa proses ubahsuai dilakukan.
Rangka accent wall siap dipasang.
Ketika ini adalah proses undercoat sebelum dicat dengan warna yang diinginkan.
Keadaan selepas accent wall selesai dilakukan dengan hasil air tangan suami dan dicat dengan warna kesukaan suami.
Keadaan ruang tamu setelah proses diy accent wall selesai dilakukan.
Ruang ini masih kosong. Beliau merancang untuk buat accent wall juga.
Deco ruang makan.
Suka rumah nampak kosong and sedap mata memandang.
Dry kitchen, Abaikan barang-barang yang bercelaruan itu.
Deco bunga mewarnai rumah.
Itu sahaja perkongsian Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencari idea dan sumber inspirasi untuk melakukan diy accent wall.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.