Cara Mudah Hilangkan Kesan Hangus Pada Kuali Anda

Ditulis oleh

Setiap suri rumah di dunia ini pasti akan merasai pengalaman apabila kuali memasak anda hangus. Perkara ini dalah normal untuk semua para suri rumah. Kalau kuali anda tidak pernah hangus maksudnya anda tidak pernah ke dapur. Pasti anda tertanya-tanya. Bagaimana cara menghilangkan kesan hangus yang terbakar pada kuali anda bukan? Jadi kali ini Giler Deco mahu berkongsi cara mudah hilangkan kesan hangus pada kuali anda.

Kesan hangus pada kuali kadang kala akan menjadi kesan kekal. Walaupun anda memasak menggunakan minyak, itu tidak bermaksud kuali anda tidak hangus dan masakan yang anda masak tidak akan melekat pada kuali itu. Jadi jika perkara ini berlaku. Mesti anda akan meredam kuali anda dengan lama di dalam air bukan? cara itu tidaklah begitu tepat. Jom sama-sama kita ikuti beberapa cara yang berkesan.

Cara Mudah Hilangkan Kesan Hangus Pada Kuali :

 

1. Menggunakan Baking Soda.

Bahan-bahan:

  • Baking soda.
  • Air
  • Penggosok  Kuali

How to Clean a Pan with Baking Soda: 10 Steps (with Pictures)

Langkah-langkah :

  • 1. Campurkan air dan baking soda untuk membuat pes.
  • 2. Sapu pes itu pada kawasan yang hangus dan gosok dengan penggosok kuali.
  • 3. Biarkan sehingga ia kering
  • 4. Kemudian basuh dengan sabun dan air. Selepas itu gosok kuali anda.

2. Menggunakan Pencuci Pinggan.

Bahan-bahan:

  • Pencuci pinggan
  • Air
  • Penggosok  Kuali
  • besen

Pin on pots and pansJangan gunakan cara ini pada kuali bersalut teflon. Merendam kuali dalam pencuci pinggan mangkuk akan merosakkan lapisan dan membuatkan kuali itu tidak dapat digunakan lagi.

Langkah-langkah :

  • Isi besin dengan air panas.
  • Masukkan pencuci pinggan secukupnya.
  • Masukkan kuali ke dalam campuran itu dan rendam semalaman.
  • Kemudian, gosok dan sentai kuali tersebut.
  • Bilas sehingga bersih untuk menghilangkan kesan sabun itu.

3. Menggunakan Pencuci Oven (Bahan Kimia).

Bahan-bahan:

  • Pencuci pinggan
  • Air
  • Penggosok  Kuali
  • Sarung Tangan Getah
  • Kaca mata

Heavy Duty Oven & Grill Cleaner + Degreaser

Langkah-langkah :

  • Terdapat banyak produk yang ada yang mengandungi bahan kimia yang dapat mengatasi masalah kuali hangus ini. Anda boleh membelinya secara atas talian (Online).
  • Oleh kerana pembersih ini mengandungi bahan kimia yang agak keras, lindungi tangan dan mata anda dengan sarung tangan dan kaca mata. Seeloknya lakukan di luar rumah anda.
  •  Sapukannya pada permukaan kawasan yang hangus.
  • Gosokkan kawasan hangus itu dengan penggosok kuali.
  • Biarkannya selama beberapa jam.
  • Gosok sekali lagi dengan penggosok kuali.
  • Tambah pembersih sekiranya tidak mencukupi dan gosok/rendam.
  • Setelah kesan hangus itu hilang, bersihkan kuali dengan sabun pinggan dan air sehingga hilang kesan bahan kimia itu.
  • Bilas kuali anda sepenuhnya dan biarkan kering.

Itu sahaja perkongsian kita untuk hari ni. du harap dapat membantu anda dalam mengatasi masalah kuali hangus.

Like facebook page Giler Deco untuk info tentang dekorasi.

Baca juga : Lihat Apa Yang Terjadi ! Wanita Ini Kongsikan Transformasi Bilik Kayu Kepada Konsep Minimalis.

 

 

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Januari 31, 2021
Dikemaskini pada
Januari 31, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram