Pernahkah anda melihat penghasilan DIY gaya berpalang? Seperti yang kita ketahui, penghasilan corak accent wall dan wainscoting boleh dilakukan mengikut corak dan kreativiti tersendiri. Tetapi, ada juga pemilik rumah cuba mengambil inspirasi dari hasil dekorasi orang lain sebagai rujukan untuk menghasilkan deco mengikut keinginan mereka. Perkongsian pada kali ini adalah dari Munib Aiman Mukhtar. Perkongsiannya pula adalah mengenai cara mudah hasilkan shiplap pada dinding gaya berpalang.
Jom sama-sama ikuti perkongsian menarik ini.
Percubaan kali pertama. 2 minggu jugak tertangguh projek ini. Dinding tinggi ini susah nak ukur, lain yang dirancang lain yang jadi. Cerewet memang cerewet tapi bila sudah siap macam kagum pulak boleh siap.
Projek seterusnya pula adalah tempah cermin. Disebabkan ada tangga maka terhasillah palang-palang atas bawah itu, plan asal tak ada palang-palang itu.
Ini adalah bahagian dinding yang ingin dilakukan projek diy.
Kayu shiplap selesai dipasang dan dilekatkan dengan gam Xbond. Tape dilekatkan bagi memastikan kayu tidak jatuh dan bergerak
Dinding shiplap itu dicat dengan warna yang diinginkan.
Ini pula adalah hasil dinding yang telah dipasang shiplap dengan gaya tersendiri. Kelihatan sangat kreatif deco shiplap yang dihasilkan.
Jenis cat yang digunakan. Anda boleh juga membelinya di Shopee.
Itu sahaja perkongsian Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian menarik ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencari idea dan sumber inspirasi untuk deco rumah kediaman anda. Semoga bermanfaat.