Penggunaan wainscoting pada dinding ruang tamu sudah menjadi kebiasaan. Rata-rata pemilik rumah pada masa kini lebih memilih untuk melakukannya secara diy dari pengupah orang. Hal ini kerana, dengan melakukan secara sendiri, ia lebih jimat berbanding mengupah orang. Perkongsian pada kali ini adalah mengenai cara mudah hasilkan projek diy grand mirror pada ruang dinding.
Jom ikuti perkongsian menarik ini.
Alhamdulillah. Siap sudah Projek PKP 3.0 haritu. Grand Mirror Bajet, Pakai Cermin IKEA sahaja. Hasil usaha suami Lawrence Ashraf memenuhi impian Mazni Radzi. Berbaloi buat sampai jam 5 pagi.
Ini adalah bahagian dinding rumah yang ingin dilakukan pemasangan wainscoting.
Bingkai wainscoting disusun terlebih dahulu sebelum dipasang pada ruang dinding.
Pastikan ukuran bingkai tersebut dibuat sama saiz.
Bingkai wainscoting mula dipasang pada dinding. Semasa proses penampalan, anda perlu lekatkan pula dengan tape supaya wainscoting tersebut tidak jatuh.
Ukuran frame yang mahu dipasang cermin adalah 35cm. Saiz kayu yang digunakan adalah 1cm.
Proses pemasangan diteruskan lagi.
Proses pemasangan bingkai wainscoting siap sepenuhnya.
Selepas itu, proses seterusnya adalah dengan mengecat bahagian dinding dan bingkai wainscoting tersebut.
Proses mengecat telah selesai. Seterusnya adalah pemasangan cermin pada dinding pula.
Cermin juga telah siap dipasang. Inilah hasil setelah projek DIY wainscoting selesai dilakukan.
Itu sahaja perkongsian Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat.