Kalau bercakap tentang wainscoting sudah semestinya ramai yang tahu dan mengenalinya. Fungsi wainscoting dinding ini adalah dapat membuatkan kawasan dinding rumah anda akan lebih kelihatan menarik. Perkongsian kali ini adalah dari Nor Hidayu Baharudin. Perkongsiannya adalah mengenai cara mudah diy wainscoting dan cermin dinding.
hai semua. baru ada kesempatan nak share cara-cara kami d.i.y wainscoting dan cermin. Harap dapat membantu semua. Kami bukan pro. Hanya try and error sahaja.
Alhamdulillah dengan sedikit bajet yang ada, boleh la untuk sedapkan mata kami sekeluarga. Tak semudah dan tak lasusah mana. Buat slow-slow insyaallah boleh. Nak deco cantik-cantik tak semestinya kena keluar modal yang banyak kan?
Cara-cara dan bahan-bahan ada dekat bawah ya.
Link Barangan yang digunakan :
Bahan-bahan :
Pita ukur, pembaris L, gergaji kecil, penimbang air dan design yang anda nak buat. kami lakar-lakar sahaja. basicnya kotak antara kotak kami jarakkan 4 inch. Putty filler untuk tutup lubang-lubang kecik.
Gam ni boleh beli dekat Mr.Diy ya.
Dalam dia kosong. Saya beli 2 size ni. Yang 8cm dan 4cm. Ambil yang plain sebab kami nak cat ikut warna dinding.
Lepas sudah ukur dinding, anda kena lakar sidikit berapa kotak yang anda nak buat. macam kami buat kiri kanan sama besar dan tengah lebih besar. Kotak kiri kanan 24x24 inch dan tengah 50x24 inch. Yang ini anda kena ukur dinding anda dulu. Sebab dinding anda tak sama besar.
Bila sudah di gam, lekat paper tape sementara nak bagi gam kering.
Selepas itu anda sumbat filler kat lubang kecik celah-celah itu nak bagi cantik. Masa ini memang nampak comot sikit. Kalau tak nak tangan comot, boleh guna sealant. pam sahaja macam gam itu. Nanti sudah cat, tak nmpak dah comot-comot itu. Kami guna putty filler sahaja sebab memang sudah ada kat rumah.
Bahagian tangga sudah siap.
Siap half wainscoting.
Untuk yang atas ini agak rumit sedikit. Sebab wainscoting ini panjang maksimum masa beli cuma 58-60 inch sahaja. Kami punya kotak atas yang kiri kanan size 68x24 inch. Jadi kena tambah sikit kat atas. Nanti letak filler, hilang la gap yang korang nampak lubang-lubang kecil itu.
Ini bahagian family hall bahagian atas baru siap cat.
Baru cat 1 layer. Kami cat 3 layer untuk tak nampak putih-putih itu.
Family hall selesai dilakukan.
Yang ini pula wainscoting dan cermin sekali. Amat sukar nak pasang. Sebab kami guna cermin beli kat homepro sahaja. Nak jimat, cermin itu kami gantung bukan gam. Sebab nanti senang nak buka bila dah bosan. Bahagian ukur nak tebuk lubang paling mencabar. Silap-silap boleh senget. Anda pandai-pandai la ukur dengan betul.
Siap gantung cermin, kami buat frame guna wainscoting keliling. Lekatkan macam biasa. Kalau ada lubang-lubang kecil fillerkan sahaja bagi kemas.
Ini adalah ketika letak filler. Memang comot sikit. Anda ambil kain basah, lapkan sahaja. Jadi cantik macam sebelah kiri itu.
Alhamdulillah. Siap ruang makan.
Diharap perkongsikan ini bermanfaat kepada anda dalam melakukan diy wainscoting dan cermin dirumah.