Projek diy boleh dikatakan sudah tidak asing lagi dalam kalangan kita pada masa kini. Hal ini kerana, ramai di kalangan kita mula berjinak-jinak dalam bertukang dan ubahsuai sendiri rumah kediaman mengikut kehendak sendiri. Perkongsian pada kali ini adalah dari Kolid Kapit Dinde. Perkongsiannya pula adalah mengenai cara diy pintu lama hanya guna spray dari Mr.Diy.
Jom sama-sama ikuti perkongsian diy yang menarik ini.
Eksperiment Diy :
Spray tin flat black diy RM 5.57 sen satu tin beli 2 tin masih tak cukup.
Pintu jenis moulded door, kulit nampak macam buat dengan kotak @ mdf tapi frame kayu keliling,Kelebihan :
Cepat kering
Xperlu roller
Xperlu thinner
Kurang bauKekurangan :
Lenguh jari telunjuk dan jari ibu.
Perlu 3 tin untuk siap 1 pintu = RM 16.50 sen.
Lagi jimat guna cat 5 liter besi flat black.Sekian eksperiment diy Simple
Ini adalah keadaan moulded door sebelum dispray dengan spray Mr.Diy.
Jenama spray yang digunakan adalah dari Mr.Diy
Spray ini adalah jenis acrylic epoxy automative finisher.
Keadaan pintu bilik semasa proses spray dilakukan.
Proses spray dimulakan pada bahagian bawah terlebih dahulu. Sejujurnya agak penat untuk melakukan proses ini.
Keadaan lebih dekat kayu pintu bilik ini.
Hasil deco pintu rumah dengan menggunakan spray Mr.Diy.
Itu sahaja perkongsian Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam cuba melakukan diy dengan gaya anda tersendiri.
Semoga perkongsian pada kali ini bermanfaat untuk anda. Selamat mencuba dan melakukan diy.