Cara Mudah DIY Pemasangan Water Dispencer

Ditulis oleh

Pada masa sekarang, boleh dikatakan water dispencer sangat memainkan peranan penting di setiap rumah di Malaysia. Water dispencer adalah salah satu keperluan dan ia tidak hanya diperlukan di rumah malah di hospital, restoran dan tempat kerja. Jadi hari ini Giler Deco mahu berkongsi cara mudah diy pemasangan water dispencer.

Biasanya kalau beli water dispencer tak kiralah jenis dan jenama apa pun. Selalunya akan siap pakej penghantaran dan pemasangan. Upah untuk pemasangan dalam rm50 hingga rm200. Bergantung kemahuan kita nak kemas macam mana. Paling simple upah rm50 dia akan ambil punca air dari kepala pili sedia ada di sinki dapur kita.

Water dispencer jenama Aqua Hijjaz ini dibeli dan ambil sendiri di kedai. Jadi kita DIY sendiri pemasangan dirumah tanpa keluar modal satu sen pun. Aksesori untuk pemasangan memang siap sekali diberi masa kita beli water dispencer tersebut, tunggu nak pasang sahaja.

Cara Mudah Diy Pemasangan Water Dispencer :

 

Permulaan, jangan pasang duhulu suis bekalan elektrik, siapkan duhulu pemasangan punca paip air ke dalam dispencer. Filter didalam dispencer mesti kena flush dengan air dahulu sebelum digunakan, kalau nak mudah, suruh kedai tolong flushkan sebelum beli dan bawa balik dirumah. Jadi dekat rumah kita cuma pasang sahaja punca air ke dalam dispencer.

Langkah-Langkah :

 

Sebelum bermula lakukan kerja pemasangan, tutup bekalan air dari meter.

Pasang T junction (Diberi percuma) pada soket air yang ada dibawah sinki.

Sambungkan paip putih 8mm (Diberi percuma) dengan T junction tersebut.

Sambungkan dengan Seramik Filter (Diberi percuma) ikut arah In dan Out.

Sambungkan paip putih kepada water dispencer dibahagian belakang.

Buka bekalan air dari meter, buka pili di T junction supaya air masuk ke dalam water dispencer. Tunggu kira-kira 15 minit, kemudian test air keluar dari dispencer HOT, NORMAL and COLD, jika semuanya keluar air, barulah On kan suis bekalan elektrik.

Dalam 20 minit kemudian, air dari water dispencer sudah boleh digunakan sempurna semua suhu Panas dan Sejuk.

Itu sahaja perkongsian kita untuk hari ini. Diharap cara diy water dispencer installation dapat membantu anda dalam memasangnya sendiri dirumah nanti.

Kredit : Mohd Sani Soid

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Januari 18, 2021
Dikemaskini pada
Januari 18, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram