Wainscoting pada masa kini sudah tidak asing lagi. Macam-macam cara dan gaya dilakukan oleh pemilik rumah untuk menghasilkan mirror wainscoting mengikut kreativiti mereka tersendiri. Perkongsian pada kali ini adalah dari Amirah Isa. Perkongsiannya pula adalah mengenai cara mudah diy mirror wainscoting guna barang Shopee.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian diy menarik ini.
Nak share jugak la buat dinding cermin ini.
Tak ada la susah sangat, cuma kena buat je. Asalnya laki tak setuju pun, cakap tak pandai la, apa la. Jadi, kita lakar siap-siap, beli barang murah je pun sebab semua beli kat shopee.
Barang dah sampai, with or without you kena buat jugak. Padahal kalau buat sorang tahun depan belum tentu siap lagi sebab takut nak panjat tangga.
Beberapa bulan kemudian, akhirnya siap jugak, dengan bajet dalam rm200 lebih-lebih sikit, tapi tak sampai la 300.
P/s : Semoga terinspirasi untuk yang tengah cari idea nak buat kat dinding. Sejujurnya semua orang boleh buat kot.
Senarai barangan Shopee yang digunakan :
Keadaan ruang makan sebelum diubahsuai.
Tak tahu nak hias macam mana, akhirnya ternampak ada orang post buat cermin ni terus berkenan.
Selepas itu, terus ambil tape, ukur dan masukkan dalam excel. boleh buat ni "cakap dalam hati tampal-tampal macam tu je pun kan”.
Beberapa hari kemudian barang sampai. Nak boleh start tu rasanya dekat seminggu lepas tu.
Ni kami guna kayu mdf saiz 2 inci besar, tebal 9mm. Setiap batang itu panjang 4 meter. Jadi untuk buat dinding besar ini beli dalam 27 pcs. Cuma ada la lebih sikit-sikit, sebab malas nak sambung-sambung. Kalau sambung-sambung ni 25 pcs dah cukup dah. Harga beli masa itu RM2.80 untuk 1 pcs. Murah la kan?
Ini budak rajin. Berebut nak buat dengan dia. Tape-tape yang extra itu dari dia la.
Ini seorang lagi master mind untuk tape. Satu rumah dia pergi tape kan.
Duduk dalam keadaan macam ini rasanya dalam 2 minggu.
Akhirnya bos setuju panjat untuk settlekan bahagian atas tu.
Siap sudah. Tinggal dekat fasa ini pun dekat 3 minggu juga sampai mdf tu macam nak berkulat dah, baru kita nak cat.
Nak cat mdf ni kena guna cat premier atau cat minyak dulu. Kalau tak, dia serap. Kami cat ni ada 3 4 lapis baru cat tu lekat.
Selesai mengecat.
Kita buat cermin la pulak. Tak apa buat sikit-sikit, masa PKP tak ada orang nak datang rumah pun.
Proses nak pasang cermin tu, nak bag sama, kami guna je kayu mdf itu sebagai ukuran. Letak dekat dinding, letak gam dekat cermin terus lekat. Part cermin ini sekejap dah siap.
Akhirnya siap pun. Tape yang datang sekali dengan cermin itu kami tak guna pun, sebab budak-budak buat tampal dekat lantai.
Selesai. Lepas ini boleh sambung buat wainscoting pula. Mungkin tahun 2022 siap.
Enjoy tempat makan baru.
Itu sahaja perkongsian diy dari Giler Deco untuk anda pada kali ini. Semoga bermanfaat.