Memiliki bakat yang terpendam dalam dunia pertukangan pada ketika ini merupakan satu kelebihan buat diri anda. Hal ini kerana, pada masa kini, penghasilkan deco rumah secara diy sudah menjadi kebiasaan dan sering dilakukan oleh pemilik rumah diluar sana. Perkongsian pada kali ini adalah dari Mohd Zakaria. Perkongsiannya pula adalah mengenai cara mudah diy mirror wainscoting guna kayu bingkai.
Penggunaan wainscoting cermin biasanya sering dilakukan pada bahagian ruang tamu rumah. Ia bertujuan untuk menjadikan ruang tamu tersebut lebih kelihatan menarik dan ceria.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian menarik ini.
Langkah pertama:
Ukur bingkai kayu sebelum dipotong mengikut bentuk yang diinginkan.
Langkah kedua:
Kayu dipotong serong untuk dijadikan bentuk bingkai.
Langkah ketiga:
Kayu yang dipotong tadi dicantumkan membentuk frame.
Bingkai yang dicantumkan itu dilekatkan dengan menggunakan stapler gun.
Bingkai kayu selesai dicantumkan.
Langkah 4:
Pasang bingkai kayu tersebut pada dinding dan ukur supaya ianya dipasang dengan betul.
Bingkai tersebut sudah hampir siap dipasang.
Sediakan beg plastik semasa proses menebuk lubang supaya habuk tidak berterabur pada permukaan lantai.
Langkah 5:
pula adalah dengan mengukur kawasan dinding yang ingin dipasang cermin tersebut.
Cermin dalam proses pemasangan.
Langkah 6:
Pasangkan pita pelekat pada bahagian tepi kayu wainscoting sebelum dicat dengan warna putih.
Langkah 7:
Proses mengecat sedang dilakukan.
Inilah hasil dinding rumah tamu setelah selesai dideco dengan konsep dan gaya wainscoting yang sangat simple tapi menarik.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat dan menjadi inspirasi untuk anda dalam melakukan projek diy seperti ini.