Pada masa kini, ramai dikalangan kita cuba untuk hasilkan sendiri deco rumah secara diy. Boleh dikatakan dengan melakukan sendiri secara diy, kos yang dikeluarkan tak begitu besar. Jika mengupah orang sudah tentu kos yang dikeluarkan berbeza. Perkongsian pada kali ini adalah dari Nor Apizah Idzuddin. Perkongsianya pula adalah mengenai cara mudah diy master bathroom guna Epoxy Flake.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang menarik ini.
Diy master bathroom guna Epoxy Flake. Boleh la nak sedapkan mata memandang.
Bilik air sebelum diubahsuai. Kita bagi kering dan buang habuk-habuk yang ada. Nak diy sebab mozek itu nampak bercapuk-capuk sangat dan sudah tidak cantik.
Selepas itu, kita kena bersihkan pakai kertas pasir pula tapi suami pakai grinder sahaja. Kemudian pakai thinner pula. Seterusnya, baru pasang masking tape.
Kemudian apply pula primer atau gam.
Tak perlu tunggu lama-lama. Sekarang sudah boleh tabur Mica Flake itu. Warna biru mix putih sebab nak tema ocean kononnya.
Link Shopee :
Kena pakai plastik jika mahu ratakan Mica Flake itu sebab nanti dia melekat-lekat di kaki. Selesai part Mica, kena tuggu 5 jam untuk bagi flake itu melekat.
Sudah 5 jam, Kena buang pula habuk-habuk Mica yang ada dan yang tidak melekat itu. Guna vacuum atau berus lembut.
Langkah terakhir, sapukan clear pula. Selesai sapu clear kena tunggu 1 hari baru boleh guna bilik air itu. Ada Mica yang tak tebal sangat sebab takut tak cukup. Sebab ini kali pertama percubaan untuk buat, tak boleh nak agak lagi.
Ini hasilnya yang belum disapu clear lagi. Tapi memang ini sahaja rupanya. Sapu clear supaya nampak clear.
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi pada kali ini. Semoga bermanfaat.