Ruang makan adalah salah satu ruang yang sering digunakan oleh anda dan seisi keluarga untuk menjamu selera. Dengan memiliki ruang makan yang cantik dan selesa setidaknya dapat memberikan keceriaan kepada anda dan keluarga. Perkongsian pada kali ini adalah dari Julia Othman. Perkongsiannya pula adalah mengenai cara diy dinding ruang makan guna konsep dinding shiplap.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian projek deco diy yang sangat menarik ini.
Sebelum dan selepas
Projek dinding shiplap bahagian ruang makan.
Sebelum dan selepas tukar decor ruang dinding dari macam ini jadi macam itu. Sayang sangat-sangat nak hilangkan hijau itu sebab warna kegemaran tetapi sebab sudah lama kan?
Sedangkan manusia pun berubah ini kan pulak dinding rumah.
Ini adalah keadaan ruang dinding sebelum dilakukan projek diy tersebut.
Keadaan dinding sebelum proses diy dijalankan. Langkah pertama adalah dengan mengosongkan bahagian dinding tersebut terlebih dahulu.
Kemudian anda perlu membeli kayu shiplap atau dipanggil kayu mdf (MDF Board).
Anda boleh mendapatkannya secara online di Shopee.
Keadaan ruang makan setelah proses ubahsuai selesai dilakukan.
Hasil ubahsuai secara diy dinding ruang makan dari sudut pandangan hadapan.
Gambar lain sudut ruang makan tersebut setelah selesai diubahsuai dengan jayanya.
Itu sahaja perkongsian Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian menarik ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencari idea dan sumber inspirasi untuk melakukan diy dengan cara tersendiri.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda. Selamat mendeko.