Dalam sesebuah rumah kediaman, boleh dikatakan bilik air sangat penting untuk kehidupan seharian kita semua. Pepatah pernah berkata, "kalau nak tahu individu itu pembersih atau tidak, tengoklah kawasan bilik airnya". Perkongsian pada kali ini adalah dari Rashidah Rahman. Perkongsiannya pula adalah mengenai cara mudah deko bilik air guna Epoxy Flakes dan wallpaper marble.
Selain dari kebersihan, sesetengah pemilik rumah lebih suka menekankan dekorasi bilik air supaya kelihatan cantik dan selesa untuk digunakan.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang menarik ini.
Alhamdulillah akhirnya siap. 95% hasil tangan suami dan isteri. Bajet rm250 sahaja. Siap lantai dan dinding, boleh tahan penat tapi lepas tengok hasil hilang penat.
Semoga dapat membantu siapa yang nak deco bilik air.
Projek ini adalah semasa pkp 3.0 hari itu.
Keadaan bahagian tempat mandi sebelum ubahsuai dilakukan.
Keadaan ruang sinki bilik air sebelum diubahsuai.
Bahagian lantai sebelum diubahsuai.
Tempat membuang air besar sebelum diubahsuai.
Keadaan dinding dan lantai bilik air setelah selesai dilakukan ubahsuai. Untuk bahagian dinding pula menggunakan wallpaper jenis marble.
Link Shopee barang yang dibeli :
Keadaan lantai lebih kelihatan menarik setelah diubahsuai dengan menggunakan epoxy flakes.
Bahagian tempat membuang air besar setelah selesai diubahsuai.
Kawasan mandi setelah diubahsuai.
Bahagian ruang sinki setelah diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian Giler deco untuk anda pada kali ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat.