Pernahkah anda terfikir untuk deco bilik anak kesayangan anda tetapi tidak tahu konsep dan idea apa yang perlu dilakukan? Sebenarnya konsep deco untuk kanak-kanak adalah cukup simple sekali. Jika anak lelaki, anda haruslah memilih tema superhero kesukaan mereka. Bagi anak perempuan pula kebiasaannya menyukai warna lembut seperti pink serta menambah unsur-unsur kartun kegemaran mereka. Perkongsian pada kali ini adalah dari Mohd Asmawi Bin Che Ghani. Perkongsiannya pula adalah mengenai cara mudah deco bilik anak dara bermodalkan kayu bingkai.
Jom ikuti perkongsian deco rumah yang menarik ini.
Sebelum dan Selepas
Perkongsian bilik anak dara kecil berusia 8 tahun bertemakan Unicorn. Bermodalkan kayu bingkai pintu atau kayu spin 6 ringgit 12 kaki jadikan wall panel.
Keadaan bilik sebelum diubahsuai. Almari tersebut beli di Shopee dengan harga rm269.
Bahagian tingkap dan langsir sebelum diubahsuai.
Proses seterusnya adalah hasilkan deco dinding dengan hanya menggunakan kayu siling sahaja.
Keadaan dinding setelah cat lapisan pertama selesai dilakukan.
Keadaan dinding setelah dicat dengan warna kegemaran anaknya iaitu warna "Turkish Pink".
Akhirnya siap juga deco bilik anak dara. Bagi menampakkan lagi menarik. Katil dicat dengan warna putih sesuai dengan tema lembut yang dihasilkan ini.
Langsir unicorn dan wallpaper bentuk hati itu dibeli di Shopee.
Pandangan dari bahagian atas.
Cara susun atur perabot dan hiasan pada dinding. Sangat kemas dan menarik.
Bahagian tempat belajar anak.
Tempat meja solek anak.
Hiasan pada atas almari kabinet.
Alas kaki bilik anaknya.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.