Cara Hilangkan Kesan Air Liur Basi Pada Bantal

Ditulis oleh

Memiliki bantal busuk bukanlah perkara yang pelik, kerana rata-rata kanak-kanak memilikinya. Bahkan orang dewasa juga ada yang masih tidak boleh meninggalkan tabiat ini. Tidak kira besar atau kecil saiz bantal itu, hakikatnya jika ia tidak pernah dicuci, semakin lama semakin kuat lah 'aromanya'. Perkongsian kali ini adalah mengenai cara hilangkan kesan air liur basi pada bantal.

Normal untuk seseorang itu memiliki bantal busuk masing-masing. Ada juga yang tak boleh tidur jika bantal busuknya tidak ada bersamanya. Tidak salah untuk mempunyai bantal busuk kesayangan, namun anda juga perlu tahu bagaimana cara untuk mengurusnya supaya sentiasa bersih dan tidak berbau.

Hanya menggunakan empat bahan ini, korang mampu buatkan bantal yang dulunya 'berpeta' dan berbau kelihatan seperti bantal yang baru dibeli.  Dengan kata lain, penyelesaian pemutihan bantal ini benar-benar mengagumkan.

Jom ikuti tips ini.

Cara Hilangkan Kesan Air Liur Basi Pada Bantal Dengan Mudah :

Bantal Busuk

Bahan- bahan yang diperlukan:

  1. Detergen
  2.  Peluntur
  3. Sabun Pencuci Pinggan Mangkuk
  4. Sabun Pencuci Pakaian

Bahan-bahan yang diperlukan untuk mencuci bantal

Anda hanya memerlukan setengah cawan borax, secawan peluntur, secawan pencuci pakaian biasa dan satu cawan pencuci air pinggan mangkuk. Ternyata kesemua bahan-bahan ini sudah pon ada dirumah anda!

Untuk kaedah pemutihan, anda perlu mencuci bantal menggunakan mesin basuh. Pastikan anda memeriksa tanda bantal anda untuk mengetahui adakah ia boleh dicuci menggunakan mesin basuh ataupun tidak untuk mengelakkan bantal kesayangan anda daripada rosak.

Cara-cara mencuci:

Membasuh Bantal

1. Merendam 

Rendam bantal dengan air panas terlebih dahulu. Anda boleh memasukkannya ke dalam bekas besar atau tab mandi, sesetengah mesin basuh dengan muatan tertentu juga mempunyai ciri rendaman yang boleh anda gunakan. Pastikan anda menggunakan air panas, ini akan membantu campuran kesemua bahan-bahan tadi untuk membersihkan kotoran tersebut. Kacau dan pastikan semua bahan telah larut sepenuhnya

Seterusnya, biarkan bantal direndam selama lima belas minit, dan balikkan bantal separuh jalan. Biarkan merendam selama seperempat pagi.

2.Mencuci

Setelah direndam , masukkan dalam mesin basuh untuk proses mencuci. Selepas siap dicuci, bilas bantal anda sehingga bersih.

3.Menjemur

Bantal yang sudah dibilas bersih perlu dijemur dibawah sinaran matahari yang terik untuk mempercepatkan proses pengeringan. Pastikan bantal betul-betul kering sebelum diangkat.

Hasilnya

Selamat Mencuba!

Kredit : Home Hack

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Ogos 3, 2020
Dikemaskini pada
Ogos 3, 2020
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram