Jika anda yang baru sahaja berpindah ke rumah baru , sudah pasti perkara pertama yang anda mahu lakukan ialah mengemas atau menyusun barang rumah terutamanya dapur kan? Bagi kaum wanita, bab-bab menghias dapur kecil ini adalah kepakaran mereka.
Menurut perkongsian daripada Puan Adiha Adib dilaman Facebook, beliau telah berkongsikan beberapa tips yang menarik untuk menukarkan dapur yang kelihatan sempit dan buruk kepada dapur kecil yang kelihatan mewah menggunakan meja banquet kabinet.
Giler Deco hari ini ingin berkongsikan dengan anda bagaimana Puan Adiha ini hias dapur kecil menggunakan meja banquet sendiri yang akan memudahkan beliau untuk dijadikan sebagai tempat menyimpan barang dapur. Jom kita ikuti perkongsian menarik daripada beliau.
Buntu tak kalau dapat dapur rumah sewa yang kecil? Lepastu hanya ada sinki . Tenang je gais! Ini la hasil,Sebelom & Selepas cara susun atur & bagaimana kami DIY Meja Banquet menjadi ala Kabinet mewah!Dengan harga mampu milik .Buat sorang tak jalan ni! Yg penting dapat sokongan dari Suami, terimakasih Abang. Doakan Rezeki Adiha & Abu dapat hias rumah Sendiri satu hari nanti. Amin
1) Sediakan Meja Banquet
Pastikan ada meja banquet yg muat untuk ruang dapur yg diperlukan (contoh Gambar bersaiz: 76 x 122 x 45 cm)
2) Kayu Terpakai Sebagai Penebal
Beli kayu terpakai yg sama lebar dengan Sinki.
(Take Note Ketebalan Kayu, contoh: 1.2cm)
Panjang kayu mengikut yg diperlukan.
Contoh: Dari dinding ke Sinki
• Kayu Terpakai Meru : 2 keping Rm25
https://g.co/kgs/jhfmc6
3) Mengubah Ketinggian Meja
Tinggikan Meja Banquet selaras dengan Sinki, menggunakan besi yg beli di kedai hardware. Ukur siap2 Panjang Besi yg diperlukan. 8 batang diperlukan untuk 2 meja banquet. 8 batang besi berharga RM17
4) Weld Besi
Hantar weld besi tadi untuk lebih kukuh
Weld & Cat ( +60 19 276 6061 )
• Upah : Rm60
5) Finishing
Pasang Wallpaper pada kayu & Gam skirting. Apabila siap pasang wallpaper tersebut, tampal Velcro Tape (belah kanan) menggunakan gam.
Link untuk belikan langsir mini juga disertakan di bawah.
https://shopee.com.my/product/190649997/4603795549?smtt=0.0.9
Bagaimana dengan hiasan dapur kecil ini? Nampak mewah dan premium bukan? Anda juga boleh mengambil perkongsian ini sebagai inspirasi dan cuba lakukan sendiri dirumah anda. Selamat mencuba.
Kredit : Adiha Adib
Ingin membaca artikel seterusnya?
Baca juga :- Suami Buat “Surprise” Makeover Rumah Ketika Isteri Berpantang Di Kampung