Cara Hasilkan Rak Gantung Hexagon Guna Batang Aiskrim

Ditulis oleh

Pasti ada dikalangan kita lebih gemar untuk menghasilkan sendiri hiasan rumah berbanding dari membelinya secara terus dikedai. Terdapat beberapa faktor yang membuatkan mereka untuk hasilkan rak kreatif tersebut sendiri, salah satunya sebabnya adalah hobi dan juga mahu menjimatkan kos. Perkongsian pada kali ini adalah dari Winter Sonata. Perkongsiannya pula adalah mengenai cara hasilkan rak gantung hexagon guna batang aiskrim.

Selain itu, sesetengah orang tidak mempunyai masa yang terluang untuk menghasilkan kerja-kerja diy sebegini. Disebabkan itu, mereka lebih memilih untuk membeli rak yang sudah siap berbanding membuatnya. Jika anda seorang yang berkemampuan, tidak sangat untuk membelinya. Tetapi jika ingin berjimat, boleh ikuti cara  untuk menghasilkan DIY rak gantung hexagon ini.

Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang menarik ini.

Cara Hasilkan Rak Gantung Hexagon

 

Projek DIY buat hexagon box. Ralit betul membuatnya dan ambil masa dua hari sahaja nak menyiapkan. Bila sudah siap rasa puas hati yang teramat. Misi nak buat hexagon colorfull untuk letak dalam bilik anak pula nanti.

Ini adalah batang aiskrim yang digunakan untuk membuat rak gantung hexagon tersebut.

DIY Rak Gantung Hexagon

Langkah pertama permulaan proses diy ini, tampal batang aiskirm tersebut membentuk dimond dengan menggunakan gam.

DIY Rak Gantung Hexagon

Lakukan langkah ini berulang kali dan kemudian lekatkan batang aiskrim yang dibentuk menjadi diamond tersebut antara satu sama lain. Hasilnya seperti dibawah ini.

DIY Rak Gantung Hexagon

DIY Rak Gantung Hexagon

DIY Rak Gantung Hexagon
Batang aiskrim tersebut setelah selesai dilekatkan dengan gam. Susun sebanyak 20 lapisan dan kemudian tampal.

DIY Rak Gantung Hexagon

Hasil DIY setelah rak hexagon berjaya digantung pada dinding. Ianya agak kukuh kerana setelah diletakkan pasu mini, ianya masih lagi kekal utuh pada bahagian dinding tersebut dan tidak jatuh.
DIY Rak Gantung Hexagon

DIY Rak Gantung Hexagon

Untuk proses batang berwarna seperti ini, ia mempunyai dua cara, satu adalah anda boleh membelinya scara terus di kedai, kedua anda perlu mengecat sendiri dengan warna kegemaran anda.

DIY Rak Gantung Hexagon

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.
Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 28, 2022
Dikemaskini pada
Februari 28, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram