Penghasilan projek diy pada ketika ini sudah menjadi kelaziman buat pemilik rumah. Dahulunya, kerja-kerja diy seperti ini hanya dilakukan oleh tukang mahir sahaja, kini ianya mampu dilakukan oleh semua orang walaupun baru sahaja mula belajar bertukang. Itu yang dilakukan oleh pemuda ini yang bernama Lan Latif. Perkongsiannya pula adalah mengenai cara hasilkan kabinet hiasan ruang tamu yang simple tapi menarik.
Hasil dari bakat dan kreativiti yang ada pada dirinya, beliau telah berjaya menterjemahkan kelebihannya tersebut dengan membuat satu kabinet hiasan pada ruang tamu untuk meletakkan basikal kesayangan serta barang-barang basikalnya. Hasil yang dibuat tersebut sangat cantik dan begitu kreatif.
Ingin ketahui dengan lebih lanjut? Jom sama-sama kita ikuti perkongsian menarik ini.
Cuba-cuba buat kabinet pula dari budak baru belajar bertukang. Dapat jimat bajet sikit.
Langkah pertama, lakar terlebih dahulu corak dan konsep almari yang ingin dibuat tersebut.
Papan yang digunakan untuk membuat kabinet ini adalah jenis laminated bersaiz 18mm.
Harga untuk papan bersaiz 18m adalah lebih kurang RM96, manakala yang bersaiz 15mm pula RM87. Kos keseluruhan yang dikeluarkan adalah lebih kurang RM750 sahaja.
Kabinet setelah siap dipasang.
Ketika ini cuba letakkan basikal dan beberapa perhiasan terlebih dahulu sebab nak tengok keadaannya.
Langkah seterusnya pula adalah menampal formica pada bahagian pintu kabinet dan bahagian permukaan luar. Formica boleh didapati di kedai hardware perabot iaitu kedai jual in out perabot, saiz macam plywood dan harga pula berbeza-beza mengikut warna.
Keadaan almari tersebut setelah aura pencahayaan dimasukkan. Ianya boleh diubah mengikut warna yang diinginkan seperti gambar dibawah ini.
Selesai sudah projek membuat kabinet hiasan ruang tamu tersebut. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba.