Accent wall memang boleh dikatakan bukan sesuatu yang asing lagi pada masa kini. Hal ini kerana kebanyakan rumah zaman moden ini sudah ramai yang menggunakan accent wall ini untuk deco rumah. Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang individu yang bertanggungjawab dalam menghasilkan diy accent wall ini iaitu Nik Na. Perkongsiannya adalah mengenai cara hasilkan accent wall simple dan mudah.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian diy yang sangat menarik ini.
Atas permintaan beberapa sahabat group. saya kongsikan cara untuk menghasilkan accent wall yang simple ini.Sudah lama sebenarnya berkenan. Jadi saya decide untuk buat yang simple-simple saja. Boleh la, hasil kerja mak-mak yang dah nak masuk 40an. Tak larat nak buat canggih-canggih.Nak panjat tangga tu gayat. Nak kena ukur tepat-tepat. Mintak laki kita buat sibuk memanjang. Kita diy sendiri saja lah. Penerangan ada dekat bawah ini.
Pvc wire casing ni boleh beli kat shopee. Lagi jimat, saya beli saiz 6 kakix1 inci. Rm 3.20 sebatang untuk saiz itu.
Paku paling kecil la kot. Paku manja-maja sahaja. Bagi lekat, tak perlu sampai rapat ke dinding.
Gam bond. Kalau tak nak cat dinding warna coklat. Beli yang clear. Saya beli warna coklat.Kedai hardware je. Shopee pun ada.
okay, ni dinding asal. Kesian dia. Dah lama duk sorang tak ada kawan. Bunga dan karpet tu pun letak masa raya baru ni sahaja.
Sesi ukur gap setiap batang casing. Tinggi tak perlu ukur. Saya beli 6 kaki tu macam elok dah. Untuk wall saya ni guna 29 batang.
Mula-mula ukur bawah, gap 1 kaki untuk setiap batang.
Untuk bahagian atas letak tengah-tengah diantara 1 kaki tu. 1 per 2 kaki la maknanya tali tape jangan lupa beli juga kalau yang belum ada.
Kalau nak senang paku dulu tengah-tengah casing. Lepas tu letak gam pada casing dan tampal. Saya banyak pakai paku. Gam untuk touch up sahaja. Takut rosak dinding.
Setelah siap paku dan gam semua. Proses mengecat pula akan dilakukan.
Setelah siap mengecat cat. Suami pun balik dan berkata
Ya Allah mama. Bakpo cat tapong-tapong ni?
Tapi ni baru 1st layer la. failed hahaha
Laki kita cat layer kedua. boleh pakai apa-apa jenis cat air. Yang penting kena 2, 3 layer baru cantik elok. Ni 2 layer sahaja.
Cat telah selesai dilakukan oleh suaminya.
Kita letak bunga-bunga sikit. Bagi naik seri. Tak boleh sarat sangat. Sebab wall dah penuh corak.
Cantik juga kan apa yang dilakukan oleh wanita ini?
Itu sahaja perkongsian pada hari ini. Semoga bermanfaat.