Pada zaman moden ini, kebanyakan rumah menggunakan tiles ataupun mozek sebagai cara untuk menghias ruangan dapur mereka. Sudah pasti anda pasti akan menggunakan drill untuk membuat rak dapur, kabinet, plug ataupun sebagainya.
Walaupun ia senang untuk dibersihkan namun sekiranya anda salah cara dalam penggunaan drill, sudah pasti jubin tersebut akan pecah ataupun rosak. Agak sayang sekiranya jubin itu pecah kerana boleh mencacatkan keserian di ruangan dapur anda.
Buat anda yang tak tahu, sebenarnya ada cara drill betul bagi mengelakkan daripada mozek daripada pecah. Menurut perkongsian daripada Alel Sharifuddin, hanya beberapa step saja yang diperlukan dan tidak memakan masa yang lama pun.
Jom kita ikuti perkongsian daripada beliau
Cara Yang Betul Drill Tiles Dan Mozek Supaya Tidak Pecah
Tiles subway ni special,,permukaan dia licin sangat...cara ni memang sangat berkesan untuk tile yg permukaannya licin,,Moga bermanfaat.
Langkah Drill Tiles Yang Betul
Langkah 1
Gunakan tukul dan paku 'sedikit' sahaja di kawasan yg telah ditanda..tujuannya utk memberikan laluan kepada mata drill...kalau terus gunakan mata drill,pasti akan licin/mata tergelincir
Langkah 2
Gunakan mata drill tiles..saya beli di hardware..RM12
Langkah 3
Gunakan mode drill...jgn gunakan mode 'HAMMER',,itu yang menyebabkan tiles pecah,,mata drill tadi hujungnya sudah tajam,,tidak perlu tolak mesin kuat-kuat..layannn je sambil dia buat lubang atas tile.
Langkah 4
Lepas tile dah berlubang cantik,,pakai mata drill tebuk dinding pulak...kenapa kena tukar??sebab nak jaga mata drill tile..boleh je nk guna mata drill tu,,tapi nnt hujungnya tumpul....SAYANGG...
Langkah 5
Ok, lepas dah ada lubang,dah tukar mata,,barulah boleh tukar kepada mode HAMMER...tekan perlahan-lahan juga
haaa...ni hasilnya,,kemas...tak sompek/pecahkan tile
Anda boleh ikuti step di atas sekiranya ingin membuat rak yang baru. Ternyata hasilnya sangat kemas dan tiada kesan tile yang pecah okayy.