Kalau sebut pasal wainscoting semua orang mengenalinya dan tahu macam mana mahu mengayakannya sendiri dengan cara diy. Kalau dahulu pemilik rumah hanya mengupah tukang sahaja untuk membuat kerja wainscoting ini. Tetapi pada zaman kini rata-rata pemilik rumah mula belajar dan diy sendiri sahaja rumah mereka. Perkongsian kali ini adalah dari Ah Min Ah Putt. Perkongsiannya adalah mengenai cara diy wainscoting kayu dining wall & pintu bilik dengan bajet RM380 sahaja!
Sebab kenapa ramai pemilik rumah cuba untuk mengayakan sendiri secara diy wainscoting ini salah satunya adalah dapat menjimatkan bajet. Semua orang sedia maklum bahawasanya pada ketika ini dimana dunia sedang dilanda pendemik dan keadaan ekonomi yang tidak stabil adalah punca orang ramai mula berjimat. Bukan sahaja mula berjimat dalam berbelanja harian malah juga mula berjimat dalam mendekorasikan rumah sendiri.
Jom sama-sama kita saksikan beberapa gambar perkongsian projek yang dilakukan olehnya yang cantik dan menarik ini.
Alhamdulillah, ada juga hasil sebelum PKPB ini tamat. Projek diy wainscoting kayu dining wall & pintu bilik. Guna wainscoting jenis kayu. Total hangus 380 ringgit. Selamat mencuba kepada yang ingin diy wainscoting sendiri juga.
Link shopee kalau anda mahu membeli cermin secara online : https://invol.co/cl30kbe
Mesin Trim Router Perabot Kayu Wainscoting : https://invol.co/cl4jyjz
Wainscoting wood siap potong : https://invol.co/cl4jykm
Wainscoting Pvc Foam : https://invol.co/cl4jyml
Ini adalah peralatan bagi menjayakan diy projek wainscoting rumah ini.
Ini adalah keadaan pintu bilik semasa proses wainscoting sedang giat dilakukan. Permulaan hanya lekatkan kayu pada pintu untuk menghasilkan bentuk dan gaya yang anda inginkan. Jangan lupa lekatkan dengan pita pelekat supaya kayu itu tidak bergerak.
Ini pula adalah keadaan pintu selepas proses diy wainscoting selesai dilakukan. Sangat cantik apa yang dilakukan oleh pemilik rumah ini secara diy sahaja. Murah pula tu.
Ini pula adalah keadaan dinding semasa proses wainscoting sedang giat dijalankan. Caranya juga sama, Permulaan hanya lekatkan kayu pada dinding untuk menghasilkan bentuk dan gaya yang anda inginkan. Jangan lupa lekatkan dengan pita pelekat supaya kayu itu tidak bergerak.
Ini adalah keadaan ruang dinding rumah dan pintu setelah kerja-kerja diy selesai dilakukan. Sangat cantik dengan bajet kurang dari 400 anda mampu lakukan wainscoting dengan kemas dan menarik.
Itu sahaja perkongsian kita untuk kali ini. Diharap dapat memberi inspirasi kepada anda.