Pada masa kini, Boleh dikatakan kebanyakan anak muda kurang berminat dalam mendekorasi dan mengubahsuai rumah sendiri. Tetapi itu bukan penghalang bagi insan yang bernama Ijat Hussin. Beliau telah membuat transformasi rumahnya dengan cara diy wainscoting dinding rumah hanya dalam masa 2 hari!.
Apa yang ingin dikongsikan pada hari ini adalah semangat yang ditunjukkan oleh anak muda ini. Dengan daya imaginasi dan kreativiti yang beliau ada, beliau telah berjaya mengubahsuai dinding rumahnya dengan wainscoting yang menarik.
Walaupun masih muda, tetapi dengan keinginan yang beliau anda mampu menghasilkan dekorasi dinding yang cantik dan menawan dengan menggunakan konsep wainscoting secara diy. Jom sama-sama kita saksikan perkongsian yang dikongsi oleh pemuda ini.
Harini saya Cuba buat waincoting. Alhamdulillah menjadi
Itulah apa yang dikatakan oleh pemuda ini setelah selesai melalukan ubahsuai dinding rumahnya dengan menggunakan konsep wainscoting pada dinding rumahnya.
Ini adalah gambar ketika beliau cuba untuk menyiapkan pelan dekorasi pada dinding dengan hasil kreativiti sendiri.
Proses-proses lakaran sedang giat dilakukan supaya hasil yang diperoleh memuaskan diri sendiri.
Ini adalah keadaan dinding setelah siap dilakar dengan lakaran untuk wainscoting nanti.
Proses-proses wainscoting diteruskan dengan melekatkan kayu pada dinding rumah.
Proses tampalan kayu wainscoting pada dinding sedang dipasang secara satu persatu dan dilekatkan dengan pita pelekat supaya kayu yang digam itu tidak tercabut.
Proses mengecat dinding waincoting diteruskan dengan cat putih terlebih dahulu sebelum dicat dengan warna yang anda inginkan supaya lebih cantik.
Ini adalah hasil dinding yang telah siap diubahsuai dengan waincoting yang cantik dan menarik.
Ini pula adalah hasil keadaan dinding yang telah siap diubahsuai dengan gaya dan konsep baru iaitu wainscoting.
Itu sahaja perkongsian yang Giler Deco dapat kongsikan untuk anda pada kali ini. Diharap dapat membantu anda dalam cuba untuk mendiykan sendiri dinding rumah anda dengan waiscoting.