Tandas yang kelihatan cantik dan selesa adalah datang dari pemilik rumah yang sentiasa menjaga tandas mereka. Dengan memiliki tandas yang selesa, anda tidak akan segan untuk menggunakannya. Perkongsian pada kali ini adalah dari Ahmad Khairudin. Perkongsiannya pula adalah mengenai cara diy tandas lusuh lama dengan cepat dan mudah.
Untuk mereka yang tertanya-tanya apa itu konsep "BNW". BNW adalah singkatan kepada warna hitam dan putih (Black and White).
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian deco tandas lama yang ingin dikongsi ini.
Ini nak kongsi idea untuk yang nak deco tandas cara bajet, cantikkan tandas lama ataupun ada toilet rumah parents dekat kampung ke yang nak bagi kemas sikit.
Macam kes saya sebab penyewa nak masuk awal. Jadi ada waktu 5 hari sahaja untuk deco tandas ini. Nak tukar tiles memang tak sempat dan agak leceh.
Jadi cara yang terbaik adalah dengan melakukan DIY. Janji bakal penyewa selesa.
Kita mudahkan urusan orang insyaallah kita pun dimudahkan urusan nanti.
Waktu diperlukan hanya 3 hari ( sebab buat waktu bekerja, boleh cut jadi 2 hari sebab sangat cepat dan senang sahaja sebenarnya )
Keadaan tandas atas sebelum diubahsuai.
Tandas bawah sebelum diubahsuai.
Simen putih harga rm 5.60 untuk 2 kg. Tujuan dia untuk tutup semua lubang dan defect dekat tiles sebelum mengecat.
Langkah 1 :
Isi semua defect dengan simen putih. Pakai glove dan tangan sahaja lebih senang. Cepat pun cepat, 45 minit siap atas dan bawah.
Rupa tandas bila sudah siap.
Langkah 2 :
Hycote semua sekali. Saya pakai 1 liter sahaja. Cukup-cukup satu liter untuk satu tandas.
Rupa bila sudah siap hycote. Walau bagaimanapun, mangkuk tandas dan sinki bungkus duhulu. Kalau tak comot nanti.
Langkah 3 :
Process cat pakai EA4 Finish sikit lagi siap sudah ni.
Hycote memang dia akan bagi sekali hardener. Tujuan untuk bagi lekat dekat tiles dan cepat kering juga. Kalau tak pakai ni, cat kita senang menggelupas bila kena air.
Tips :
Campur Hycote dan hardener sebelum mengecat. Hardener macam gam, jadi pastikan 45 minit atau 1 jam habiskan semua cat. Kalau rasa nak pakai sikit-sikit, jangan campur semua sekali ya. Campur dekat bekas luar mana yang rasa perlu.
EA4 finish ini la cat khas untuk tiles + high performance. Sesuai untuk tempat yang selalu kena air. Kalau nak lagi power boleh pakai EA9 finish. Itu biasanya orang buat kolam takungan, memang tak tembus langsung air.
Tandas selepas siap diubahsuai.
Rupa tandas bawah selepas diubahsuai. Jangan bimbang tak licin nampak je kilat tapi sangat selesa untuk dipijak.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.