Cara DIY "Stick Wreath" Jimat Dan Mudah

Ditulis oleh

Semestinya anda sudah jemu apabila asyik hias dinding anda dengan meletakkan bingkai gambar je setiap masa, Selain itu, kos untuk membeli bingkai gambar juga memakan kos yang mahal. Ya, sememangnya ada bingkai gambar yang murah tetapi ianya buatkan anda tidak berpuas hati dengan reka bentuk gambar tersebut. Sekiranya min bagitau yang anda ada cara lain untuk hiaskan dinding selain menggantung bingkai gambar tersebut, adakah anda akan percaya dengan kata-kata min??Yaa min takkan tipu anda semua, meh sini min kongsikan kepada anda cara-cara untuk DIY sendiri Stick Wreath yang dikelilingi bunga yang cantik dan paling penting boleh digantung di dinding atau di pintu rumah anda. Perkongsian kali ini adalah mengenai cara diy "stick wreath" jimat dan mudah.

Perkongsian ini telah dikongsi oleh Puan Norpadilah Binti Afandi yang sangat kreatif dalam seni DIY dan banyak hasilnya yang dibuat sendiri sangat cantik dan paling penting tidak memakan kos yang mahal. Jadi, ayuh kita sama-sama ikuti perkongsian daripada beliau.

Cara Diy "Stick Wreath" :

Nak kongsi step by step diy stick wreath. Hiasan dinding bagi yang suka tema farmhouse dan seangkatan denganya. Sangat-sangat jimat dan mudah. Boleh la cuba nanti.
Bahan:
  • Ranting kering ( pokok rambutan )
  • Bunga kedai ecoshop
  • Hot glue gun
  • Spray paint clear
  • Kapas muka ( buat bunga cotton pulp )
Langkah 1- Ranting daripada pokok rambutan telah dipilih oleh beliau.  Namun sekiranya di rumah anda tidak ada ranting kayu ini, anda boleh menukar kepada mana-mana ranting mengikut kepada kesusaian dan kreativiti anda sendiri. Selepas ranting sudah dipilih, potong ranting tersebut secara mengecil supaya senang untuk dicantumkan kelak.
Langkah 2- Susun ranting yang telah dipotong itu secara bulatan (circle).
Langkah 3- Buat benda yang sama iaitu menyusun ranting kayu tersebut menjadi bentuk bulat tetapi bulatan kedua ini lebihkan bulatannya agar boleh diletakkan ranting-ranting di celahan bulatan tersebut. Cantumkan ia gunakan Hot Glue Gun.
P/s : Selepas selesai proses cantuman, jangan lupa untuk bersihkan gam yang berlebihan tu yaa...
Langkah 4- Catkan ranting kayu menggunakan Samurai F1 Flat Clear Spray Paint yang berharga RM 11 sahaja.
Langkah terakhir- Bunga yang boleh dibeli di kedai Ecoshop itu digubahkan menggunakan Hot Gule Gun. Puan Norpadilah membuat faux cotton pulp hanya menggunakan kapas muka. Hasil akhirnya sangat Cantik dan berpuas hati untuk digantungkan di dinding. Anda bole menggunakan tali ataupu apa-apa yang anda fikir untuk sesuai untuk digantungkan.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Selamat mencubaa
Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Ogos 9, 2020
Dikemaskini pada
Ogos 9, 2020
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram