Cara DIY Semula Kaki Iron Board Patah

Ditulis oleh

Ada iron board kat rumah tapi kaki sudah rosak? Kalau masih kukuh dan tidak rosak, jangan terburu-buru nak buang pula. Selagi kita boleh DIY kita DIY. Yang paling penting boleh tambah baik daripada iron board yang ada kaki macam dulu. Boleh lipat sehingga menyebabkan ruang lebih jimat dan nampak tersusun juga antara kelebihan kalau kita DIY balik iron board ini. Perkongsian kali ini adalah dari Puan Norhidayah Adam. Perkongsiannya adalah mengenai cara diy semula kaki iron board patah.

Jadi, jom sama-sama kita ikuti dengan lebih lanjut perkongsian yang menarik ini.

Cara DIY Semula Kaki Iron Board Patah Mudah Dan Simple :

Asalnya kaki ironboard ini patah, nak buang papannya sayang sebab masih kukuh. Tahun 2020 kena jimat, jadi kita diy (repair) dia. Suruh suami tebuk lubang. Saya kena tebuk sendiri sebab laki kerja. Sangat jimat ruang. Nak buat untuk meja study anak ke, meja makan lipat pun boleh.

Bagi sesetengah orang mungkin ok, bagi sesetengah orang pula mungkin tak berapa praktikal sebab susah nak iron si setengah bahagian baju. Tapi ikut fungsi asal, daripada terbiar sebab 'kaki iron board ni patah, lebih baik di 'repair', sekurang-kurangnya ia boleh digunakan kembali

Bahan-Bahan

1.papan iron
2.braket ada jual dekat DIY (Sepeket tu memang ada sepasang dalam anggaran RM 15)

Murah dan senang je nak buat. Boleh cuba di rumah masing-masing.

Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco pada kali ini. Diharap perkongsian pada kali ini dapat memberi idea kepada anda dalam melakukan diy seperti ini. Diy ini tidak susah pun untuk dilakukan. Semoga bermanfaat.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Julai 23, 2020
Dikemaskini pada
Julai 23, 2020
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram