Paip pvc memang banyak kegunaan lagi-lagi kalau anda seorang yang kreatif dalam melakukan diy dirumah. Selain dari senang didapati, paip pvc juga boleh digunakan untuk membuat diy penyidai baju tau. Jadi perkongsian hari ini adalah dari saudara Mohd Uzair. Perkongsiannya adalah mengenai cara diy penyidai baju yang simple dan mudah.
Boleh dikatakan setiap pemilik rumah yang yang mempunyai kawasan rumah yang terhad memang agak sukar untuk menjemur pakaian harian. Jadi dengan diy ini sedikit sebanyak mampu untuk membantu anda menyidai pakaian dimana sahaja dalam kawasan rumah kerana senang untuk dibawa kemana sahaja yang anda mahu.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian menarik yang ingin dikongsi oleh lelaki ini.
Buang batang tengah yang ada pada penyidai itu. Kemudian, anda perlu masukkan penyidai itu di dalam batang 3 suku. Pastikan sebelum masukkan penyidai itu, anda perlulah meletakkan penyambung paip itu dahulu.
Benda utama dalam cuba untuk membuat penyidai baju ini adalah anda perlu menekankan dulu pada bahagian tapaknya. Pastikan tapaknya kukuh untuk jadikanya lebih tahan lama. Bukan sahaja tahan lama, memiliki tapak yang kukuh memudahkan anda untuk menyidai baju dengan banyak tanpa perlu risau.
Ini adalah peralatan yang digunakan. Barangan yang digunakan adalah hanya barangan paip pvc, soket dan penyidai baju.
Ini adalah keadaan penyidai setelah dimasukkan dalam batang paip itu tadi.
Anda bebas mahu membuat berapa tingkat penyidai itu. Tetapi anda perlukan kaki atau tapak yang anda gunakan itu kukuh untuk menampungnya.
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk kali ini. Diharap dapat membantu anda dalam cuba untuk diy penyidai baju rumah anda yang simple dan mudah ini.