Siapa yang menggunakan langsir jenis eyelet dirumah mereka dan ingin menukarkan corak langsir mereka? Namun, anda dah jumpa corak yang anda suka tapi sayangnya ia bukanlah jenis langsir eyelet yang anda pakai dirumah.
Tidak perlu risau kerana sekarang anda boleh membuat langsir eyelet sendiri secara DIY sahaja. Beli sahaja kain yang diinginkan itu dan anda menjahit sendiri langsir tersebut mengikut langkah-langkah yang dikongsikan oleh Dura ini.
Dura telah berkongsikan bagaimana cara untuk menebuk langsir eyelet. Langsir yang lama pun boleh berubah menjadi langsir eyelet. Tidak perlu untuk upah dikedai dengan harga yang mahal sedangkan anda boleh DIY sahaja langsir eyelet ini.
Saya nak belanja cara2 nak buat tebuk bulat langsir ni
Langsir lama yang ketinggalan zaman pun anda tebuk jer dah jadi baru....tak payah pergi upah tebuk kat kedai....tebuk sendiri sahaja
1. Letakkan kain diatas lantai dan susunkan kedudukan ring eyelet tersebut supaya sama rata. Tiada ukuran untuk letak ring kerana bidang kain tak sama, cuma untuk bidang 60 anda boleh meletakkan 8 keping ring eyelet.
2. Bulatkan ring eyelet tersebut dengan marker
3. Tanda kan tepi dengan warna biru sebanyak 1/4 inci. Tanda ini untuk kita gunting nanti.
4. Guna gunting macam ini. Senang nak tikam sebab hujung dia tajam sangat-sangat. Jaga jari anda ketika menggunting. Gunting ditanda warna biru itu.
5. Dah siap buat lubang ia akan nampak macam ini.
7. Untuk ring eyelet pula, anda perlu belah ring tersebut menggunakan pisau.
8. Letakkan ring tersebut pada bahagian yang telah dipotong. Pastikan kedudukan ring adalah sama dan tidak lari
9. Pastikan kedudukan ring sepadan. Kalau tak sepadan, gunting sedikit lagi agar ia masuk ke dalam bulatan tersebut
10. Tekankan ring tersebut supaya kemas dan lekat dengan kuat.
11. Dah siap ring eyelet DIY ini. Senang sahaja untuk buatkan?
Sumber : Dura