Kepala pili yang sudah lama semestinya akan menjadi longgar dengan sendiri. Lebih-lebih lagi kalau anda seorang yang sibuk. Tiada masa untuk periksa apa yang patut di bahagian dapur rumah anda. Bayangkan kalau hari-hari kita gerakkan apa sahaja benda mesti lama-kelamaan menjadi longgar bukan? Begitu juga dengan kepala pili ini. Jadi kali ini Giler Deco mahu berkongsi satu perkongsian dari saudara Mohd Sani Soid mengenai cara diy kepala pili atas sinki longgar senang dan mudah.
Untuk melakukan diy ini tidak lah begitu rumit. Jom sama-sama kita saksikannya.
Pertama, kenali jenis pili yang digunakan. Pili yang digunakan adalah jenis water tap sink mounted. Yang ini tidaklah begitu rumit, hanya nut pengetat yang sudah longgar. Anda hanya perlu gantikan dengan yang baru.
Untuk sinki bocor, jadi kita buk dan check dahulu, rupa-rupanya bahagian pemegang skru/nut antara Top & Bottom drainage sudah patah. Jadi ada gap dan air bocor. Seeloknya kena tukar satu set baru Top dan Bottom drainage itu. Tetapi sebab nak cepat, sementara kita seal saja dengan silikon multipurpose jenis water/weather proof. Asalkan boleh guna dan tidak bocor sudah. Lain kali boleh tukar seal bahagian Top sahaja sebab bahagian Bottom berbentuk corong. Jadi Top sudah seal maka air akan mengalir bahagian tengah corong pada Bottom.
1. Kepala pili longgar.
2. Braket skru/nut patah
3. Skru pengetat pili sudah longgar.
4. Tukar nut pengetat baru.
5. Lubang singki jenis corong di tengah.
6. Jenis silikon.
7. Seal dengan silikon sebelah atas sahaja, jadi air mengalir ke tengah corong di bawah sinki.
8. Tembak silikon.
9. Pasang corong atas.
10. Kemaskan lebihan silikon.
11. Siap. Inilah hasilnya diy kepala pili yang longgar dan bocor.
Itu sahaja perkongsian kita untuk hari ini. diharap dapat membantu anda dalam melakukan diy pili rumah anda sekiranya berlaku kebocoran dan longgar.
Baca juga : Mesin Basuh Keluar Air Tak Berhenti? Masalah Ini Selesai Hanya Dengan Menggunakan…….