Cara DIY "Console Table" Hanya RM10

Ditulis oleh

Buat anda yang tertanya-tanya apakah itu console table ini dan apakah kegunaan meja ini. Jom kami kongsikan apakah itu sebenarnya console table ini.  "Console Table" ataupun dikenali sebagai meja konsol merupakan meja yang diletakkan pada dinding yang ada pelbagai saiz dan ketinggian. Perkongsian pada kali ini adalah mengenai cara diy "console table" hanya rm10.

Fungsi sebenar meja konsol ini merupakan tempat penyimpanan barang-barang seperti barang make-up, jam tangan dan lain-lain. Selain itu ianya turut dijadikan sebagai perabot hiasan. Bahagian atas meja ini boleh dihiaskan dengan bingkai yang bergambar, hiasan bunga segar, dan cermin muka.

Menerusi perkongsian daripada Puan Norpadilah Binti Afandi di mana beliau telah berkongsikan cara-cara untuk DIY console table. Tidak dapat dinafikan lagi puan Norpadilah sememangnya seorang yang sangat kreatif dalam men DIY kan sendiri barang-barang perhiasan di dalam rumahnya. Jom kita ikuti perkongsian daripada beliau :

Cara DIY Console Table :

Console table super simple n easy...finishing terpulang pada selera masing2 samada nak cat atau tak. Dan klu yg ada anak kecik mcm kita ni boleh la attach skru dinding terus incase takut kena panjat
Pallet mcm ni biasa harga bawah RM10 pun...mmg tak mahal mana. Yg mahal tu kerajinan kita je
Step by step kat gambar ya
HappyDIY
Kayu Pallet ini boleh dibeli dengan harga RM10 sahaja. Buat anda yang tidak mengetahui rupa sebenar kayu ini, anda boleh melihat gambar di bawah okay.

Semua kayu pallet dibuka kecuali kayu yang berada di atas dan bawah sahaja.

  Selain itu, kayu pallet di bahagian belakang dan tengah juga dibuka.

  Akhir sekali, cantumkan balik pallet di bahagian atas dan bawah tersebut.

HAA dahh siappp... Mudah saja kan cara nak buat meja konsol ini. Apa yang anda perlu buat hanyalah cabut dan cantumkan balik je kayu tersebut.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Ogos 30, 2020
Dikemaskini pada
Ogos 30, 2020
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram