Memiliki bilik yang cantik dan kemas adalah impian setiap orang yang mempunyai bilik tidur sendiri. Sebenarnya untuk mengubahsuai bilik sendiri tidaklah begitu rumit seperti anda mahu mengubahsuai sebuah rumah. Jadi perkongsian kita untuk kali ini adalah dari Jie Bandar Putra mengenai cara diy bilik tidur gaya wainscoting bawah rm90.
Jika diikutkan, untuk mengubahsuai bilik hanya memerlukan sedikit kreativiti dan sikap rajin dalam mendekorasikan bilik tidur sahaja. Apa yang paling penting adalah kemahuan anda sendiri. Jika anda sukakan kekemasan dan mahu tidur dalam keadaan selesa. Anda perlu membuat sedikit perubahan untuk bilik anda.
Apa yang menarik dilakukan oleh lelaki ini adalah beliau mengubahsuai bilik tidurnya seorang diri tanpa perlu mengubah orang untuk melakukannya. Jom sama-sama kita saksikan perkongsian yang ingin dikongsi oleh lelaki ini.
Saya nak share tutorial dekorasi bilik tidur dengan bajet yang tak sampai RM90
Ini adalah keadaan bilik tidur sebelum proses pengubahsuaian dilakukan.
Cat dinding kira-kira 60cm dari lantai. Cat yang digunakan adalah cat nippon paint porcelain blue.
Sementara menuggu cat kering, potong wainscoting pvc dengan menggunakan pisau. Kalau boleh potong lebar 40cm X 80cm panjang X 4 kotak. Jangan lupa potong serong setiap bucu wainscoting guna pembaris segitiga 45°
Wainscoting pvc ni boleh beli di shopee. Link Shopee : https://invol.co/cl2qzen
Setelah cat kering sapukan gam dunlop pada wainscoting dan biar dalam 4-5 minit.
Lekatkan wainscoting pvc ikut garisan kotak yang terlebih dulu kita lukis sebagai panduan.
Sambung lekatkan bahagian yang panjang.
Teruskan lekat sampai habis. Untuk hasil yang lebih elok guna pembaris atau kayu semasa lekatkan wainscoting pvc agar lebih lurus dan cantik.
Inilah hasil yang sudah siap.
Itu sahaja perkongsian kita untuk hari ini. Diharap dapat membantu anda dalam cuba untuk mendekorasikan bilik tidur anda sendiri.