Cara DIY Accent Wall Dan Wainscoting Mirror

Ditulis oleh

Ruang tamu adalah satu ruang yang paling ditekankan setiap pemilik rumah. Jadi sudah menjadi kebiasaan pemilik rumah akan memfokuskan untuk ubahsuai ruang tamu terlebih dahulu sebelum mengubahsuai kawasan rumah yang lain. Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang wanita dan merupakan suri rumah yang bernama Fara Amirullah. Perkongsiannya adalah mengenai deco rumah cara diy accent wall dan wainscoting mirror yang sangat cantik.

Jom sama-sama kita ikuti perkongsian diy yang menarik ini.

Cara DIY Accent Wall Dan Wainscoting Mirror :

Salam kenal semua, first time post kat sini.
Rumah baru dapat kunci 3 bulan lepas, plaster ceiling je panggil kontraktor datang buat. Lain2 decoration semua husband buat, i hanya la penyumbang idea deco.
Banyak yang belum complete, tv kabinet belum siap tempah so pakai yang ada dulu, dinding pon masih kosong i belum siapkan ukiran wall art lagi.

Ini adalah semasa proses pemasangan sedang giat dilakukan secara diy.

wainscoting

Ini adalah keadaan dinding semasa proses pemasangan mirror wainscoting secara diy dilakukan oleh suaminya itu.

wainscoting

Ini pula adalah setelah frame mirror wainscoting siap dipasang dan proses mengecat sedang dilakukan.

wainscoting
Ini pula adalah semasa penampalan mirror wainscoting selepas proses mengecat selesai dilakukan apabila cat sudah kering.
wainscoting

Ini adalah keadaan dinding sebelum melakukan diy accent wall.

wainscoting

Ini adalah keadaan dinding semasa melakukan diy accent wall.

wainscoting

Ini adalah keadaan dinding setelah kayu accent wall siap dipasang dan dicorakkan.

wainscoting

Ini adalah keadaan dinding setelah diy mirror wainscoting dan accent wall selesai dibuat.

Meja makan ni benda yang paling saya sayang, saya beli dia masa mula-mula kami kahwin and menyewa sendiri. Masa itu katil apa pun tak ada lagi, beli meja makan dulu sebab saya niaga jual keria, jadi senang kalau ada meja nak menguli menggentel keria. Paling banyak berjasa meja ni. Jadi saya decided selain tukar baru saya repaint je balik dan tampal wallpaper.

wainscoting
wainscoting
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat untuk anda dalam cuba diy rumah kediaman anda. Selamat mencuba.
Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Ogos 1, 2021
Dikemaskini pada
Ogos 1, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram