"Bila tengok rumah orang lain rasa best jer ada kabinet. Dapur pun nampak tersusun elok jerr.. Sedap mata memandang". Pasti para ibu diluar sana yang dapurnya tidak mempunyai kabinet pernah berfikiran sedemikian bukan?Jangan risau.. Tidak mengapa jika dapur anda tiada kabinet. Teruskan bersama kami untuk mengetahui info lebih lanjut bagaimana untuk dekorasi ruangan dapur tanpa kabinet. Dekorasi ini juga amat sesuai untuk rumah sewa kerana tidak perlu mengeluarkan bajet yang besar untuk makeover dapur. Anda pasti terpesona melihat hasilnya. Perkongsian kali ini adalah dari Ana Sakura. Perkongsian kali ini adalah mengenai cara dekorasi dapur tanpa kabinet.
Pertama sekali dekorasi ini sangat sesuai untuk rumah sewa dan rumah yang tiada kabinet. Tidak mengapa jika rumah anda TIADA KABINET, just diy guna meja lipat biasa letak skirting (boleh refer gamba sebelum)
- letak wallpaper yang kalis air (pvc wallpaper, material keras dan berkilat)- cari di shopee.
-Letak SHELF tanpa L sesiku- beli di ikea (harga 59)
-COMBINATION color mestila tidak lebih dari 3 pilihan warna.. supaya warna diblend cantik.. Dan tidak nampak serabut
-SKIRTING memainkan peranan, untuk kelihatan lebih kemas (sis tempah online sahaja)
-BIDAI- guna zebra blind (harga 59)
-Pokok2, frame, organizer box beli di ECO
- LABELLING - tempah di shoppe, atau beli sticker black tulis guna marker silver.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada kali ini.Diharap perkongsian kali ini dapat memberi inspirasi kepada anda dalam mencari inspirasi untuk deco dapur tanpa kabinet. Semoga bermanfaat untuk semua ya. Jangan ingat dapur yang tidak mempunyai kabinet tidak boleh didekorasikan cantik-cantik tau.