Rumah adalah syurga buat kita dan keluarga, walaupun rumah yang kita diami itu kelihatan lusuh dan tidak besar seperti orang lain, itu tidak bermakna harus dibiarkan ianya kekal usang sebegitu. Sebagai penghuni rumah tersebut, apa kata anda cuba memberikan satu nafas baru kepada rumah tersebut supaya ia kembali kelihatan menarik dan baru. Perkongsian pada kali ini adalah dari Sha Noraishah Md Noor. Perkongsiannya pula adalah mengenai cara deko bilik kecil guna vinyl floor dan wainscoting.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian menarik ini. Semuanya dilakuka secara sendiri tau dengan cara diy.
Deco bajet simple untuk bilik kecil kami.
Ini adalah semasa ingin memasang lantai vinyl terlebih dahulu, ketika ini beliau sedang cuba untuk mencabut lantai parkir tersebut.
Lantai bilik ini setelah parkir selesai dicabut kesemuanya.
Langkah seterusnya pula dengan melakukan pemasangan lantai vinyl mengikut gaya yang di inginkan.
Pemasangan lantai vinyl tidaklah begitu sukar, tetapi memerlukan ketelitian supaya ianya tidak tersalah pasang.
Pemasangan vinyl sudah hampir siap dilakukan.
Keadaan lantai rumah setelah siap dipasang lantai vinyl.
Bahagian dinding bilik ini sebelum digayakan dengan konsep wainscoting.
Ketika ini adalah semasa proses pemasangan kayu frame wainscoting.
Proses pemasangan diteruskan lagi pada bahagian atas pula.
Bingkai wainscoting selesai dipasang. Ia perlu dilekatkan dengan menggunakan tape supaya ianya tidak jatuh.
Kemudian, bingkai wainscoting tersebut dicat dengan menggunakan cat putih.
Proses mengecat diteruskan lagi.
Dinding dan bingkai wainscoting tersebut setelah selesai dicat.
Inilah hasil kawasan dinding dan lantai bilik tidur ini setelah selesai diubahsuai. Untuk pengiraan keseluruhan bajet yang dikeluarkan pula, ia dianggarkan lebih kurang RM400.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.